Tarikh: 29-5-2021 Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 6 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi menarik pelajar-pelajar sekolah untuk menggunakan komputer. Permainan pendidikan ini merupakan salah satu insentif untuk menarik pelajar-pelajar untuk belajar komputer. Pembelajaran secara online dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan mereka dalam ICT.
Aktiviti
Aktiviti yang dapat dijalankan bersama pelajar-pelajar adalah permainan pendidikan seperti Kuiz Online. Kuiz online ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam subjek tertentu. Kuiz ini melibatkan beberapa subjek seperti bahasa inggeris, matematik, bahasa melayu dan pendidikan islam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------