Tarikh: 16-11-2024 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Karangan (NADI) Peserta: 5 Orang |
Tujuan
Memberi pembelajaran tentang penggunaan Power Point kepada pelajar.
Aktiviti
Pelajar diberi tema Permainan Tradisional dan diminta untuk menghasilkan slide menegenai permainan tradisional. Pelajar juga perlu mencari maklumat dan gambar permainan tradisional melalui Google.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 14-11-2024 Masa: 7:30.00 Pagi - 1.00 Petang Tempat: SMK Sultan Ahmad Tajuddin Peserta: Pelajar dan Guru |
Tujuan
Program ini dijalan anjuran pihak MCMC Kedah bersama-sama NADI Kluster Kulim Bandar Baharu. Program diadakan bagi memberi pendedahkan kepada pelajar tentang Klink Dengan Bijak dan peranan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan NADI.
Aktiviti
Perkongsian daripada pihak MCMC dan pihak NADI kepada pelajar, pihak NADI turut menjalankan saringan kendiri kepada guru-guru. Selain itu, pihak NADI turut menjalankan pendaftaran MyDigital ID kepada guru-guru yang terlibat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 02-11-2024 Masa: 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Karangan (NADI) Peserta: 18 Orang |
Tujuan
Pertandingan ini diadakan bagi mencari wakil NADI untuk bertanding di peringkat negeri bagi pertandingan Mobile Legend Bang Bang.
Aktiviti
Terdapat tiga kumpulan yang bertanding dalam saringan di peringkat NADI Karangan ini iaitu Kumpulan Pejuang NADI, The Red King dan Karangan Padu. Setiap kumpulan terdiri daripada enam orang peserta. Pertandingan di peringkat saringan ini dimenangi oleh Kumpulan Pejuang NADI.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 06-11-2024 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Karangan (NADI) Peserta: 13 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari tentang penggunaan komputer. Fokus utama dalam kelas ini adalah untuk memastikan pelajar dapat menguasai penggunaan tetikus semasa sesi pembelajaran.
Aktiviti
Pelajar diberikan aktiviti melalui aplikasi Digipuzzle. Aktiviti yang dijalankan adalah Animal Match Card yang terdapat di dalam aplikasi Digipuzzle tersebut. pelajar perlu memberi fokus dalam menajalankan aktiviti ini serta dapat menguji kemapuan menghafal pelajar.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 26-10-2024 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Karangan (NADI) Peserta: 1 Orang |
Tujuan
Memberi pembelajaran tentang penggunaan Power Point kepada pelajar.
Aktiviti
Pelajar diberi tema Buah-Buahan Tempatan dan pelajar perlu menghasilkan slide berdasarkan tema yang diberi atas bimbingan petugas.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------