Tarikh: 27-09-2023 Masa: 9.00 Pagi - 1.00 Petang Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir Peserta: Pelajar SK Permatang Pasir |
Tujuan
Program ini diadakan semperna Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu. Sambutan program ini turut dimeriahkan oleh jemputan daripada beberapa agensi.
Aktiviti
Pihak PEDi telah menyertai program ini dengan membuka booth serta melalukan beberapa aktiviti menarik bagi menarik perhatian pelajar bagi mendekati dan mengenali Pusat Ekonomi Digital dengan lebih dekat. Antara aktiviti yang dijalankan di booth PEDi adalah online quiz, online puzzle, wordsearch dan STEM-IOT. Aktiviti yang dijalankan disambut meriah dari pelajar-pelajar SK Permatang Pasir.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 22-09-2023 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi) Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan sebagai satu latihan kepada pelajar dalam memastikan pelajar sentiasa dapat meningkatkan kemahiran menaip. Selain itu, pelajar juga dapat membiasakan diri dalam penggunaan papan kekunci ketika menaip dan dalam penggunaan komputer.
Aktiviti
Petugas memberi tugasan kepada pelajar melalui aplikasi "digipuzzle" yang memerlukan pelajar untuk menaip semula huruf dan perkataan yang dipaparkan di monitor. Penggunaan aplikasi "digipuzzle" menjadikan pelajar lebih tertarik dalam melalukan tugasan mereka.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 09-09-2023 Masa: 8.30 Pagi - 1.00 Petang Tempat: SK Ayer Puteh, Serdang, Kedah Peserta: Pelajar dan Waris |
Tujuan
Penyertaan aktviti ini adalah bagi mendekatkan lagi PEDi kepada komuniti setempat. Selain itu, dapat memperkenalkan lagi PEDi kepada pengujung terutamanya waris dan pelajar.
Aktiviti
Pihak PEDi telah membuka booth pameran dan melakukan beberapa aktiviti bersama pelajar SK Ayer Puteh. Antara aktiviti yang dilakukan adalah pertandingan mewarna kepada pelajar PRA Sekolah, word search dan memperkenalkan permainan STEM IOT kepada para pelajar dan waris. Selain itu, petugas juga turut menjelaskan aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan di PEDi kepada para waris.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 13-09-2023 Masa: 10.0 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi) Peserta: 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan sebagai latihan kepada kanak-kanak tabika terutamanya keupayaan dalam penggunaan komponen komputer. Ini merupakan inisiatif petugas PEDi dan kerjasama pihak Tabika Kemas Kampung Kemunting, Karangan dalam memastikan komuniti-komuniti setempat sentiasa celik ICT.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan ketika di sesi ini ialah melakukan padanan puzzle. Sesi seperti ini dapat menguji tahap kecekapan dan fokus kanak-kanak di awal usia. Aplikasi laman sesawang "digipuzzle" digunakan semasa sesi ini berlangsung.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 06-09-2023 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi) Peserta: 13 Orang |
Tujuan
Kelas pembelajaran ini dijalankan adalah sebagai latihan dan pengenalan kepada kanak-kanak Tabika terhadap penggunaan komputer bagi membantu perkembangan minda kanak-kanak Tabika Kemas Kampung Kemunting.
Aktiviti
Kanak-kanak perlu melakukan aktiviti padanan gambar semasa sesi pembelajaran tersebut denrgan menggunakan aplikasi digipuzzle. Aktiviti padanan digunakan adalah bagi melatih pelajar dalam penggunaan tetikus. Selain melatih pelajar dalam penggunaan tetikus, fokus pelajar juga dapat dilatih semasa melakukan padanan gambar.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------