Tarikh: 15-06-2023

Masa: 09.30 Pagi - 11.30 Pagi

Tempat: Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Peserta: Usahawan RISDA Karangan

Tujuan

Program ini dijalankan oleh Jabatan RISDA Kulim bagi memberi penerangan dan taklimat kepada usahawan-usahawan RISDA di Karangan. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan dalam membantu mereka menambah dan menjana pendapatan yang lebih stabil mengikut harga semasa getah. Pihak RISDA juga menjelaskan skim-skim dan program yang dapat membantu dan memudahkan usahawan RISDA.

Aktiviti

Pihak RISDA telah memberi taklimat dan menjelaskan setiap persoalan yang diutarakan kepada mereka berkaitan skim-skim dan program yang telah disediakan oleh pihak RISDA kepada usahawan-usahawan dan pekebun RISDA. Terdapat juga pemberian cenderahati kepada usahawan-usahawan dan perkebun yang hadir pada hari berkenaan. Pihak RISDA juga telah menyampaikan maklumat berkaitan bantuan kepada usahawan-usahawan Karangan. Petugas turut membantu dalam menguruskan tempat dan persedian bagi menjayakan program yang dijalankan.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 07-06-2023

Masa:10.30 Pagi - 11.30 Pagi

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi)

Peserta: 12 Orang 

Tujuan

Pembelajaran yang dijalankan ini adalah sebagai latihan dan pengenalan kepada kanak-kanak tabika akan penggunaan komputer dan aplikasi pembelajaran yang boleh membantu dalam perkembangan minda kanak-kanak. Kerjasama ini dijalankan antara pihak Tabika Kemas Kampung Kemunting bersama PEDi Karangan dalam memastikan komuniti-komuniti setempat sentiasa celik ICT.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan pada kelas ini ialah melakukan padanan gambar mengikut bentuk yang tertera di monitor melalui aplikasi laman sesawang "digipuzzle". Sesi seperti ini dapat menguji tahap kecekapan dan fokus kanak-kanak di awal usia. Petugas membantu memberi bimbingan kepada pelajar dalam memastikan para pelajar dapat menyempurnakan aktiviti yang dijalankan.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 13-03-2023

Masa: 10.00 Pagi - 2.00 Petang

Tempat: Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Peserta: Penduduk Sekitar Karangan

Tujuan

Program ini dijalankan dengan kerjasama KWSP Kulim bagi membantu warga komuniti serta agensi-agensi awam dan swasta yang terlibat dalam pengurusan dan pengetahuan berkenaan simpanan wang persaraan di masa hadapan. Selain itu, program ini turut membantu warga setempat membuat transaksi ke atas akaun sedia ada mereka. Program ini juga dapat mempromosikan produk-produk lain yang terdapat di KWSP. Ia sedikit sebanyak dapat membantu komuniti sedar dan maklum akan maklumat tersebut.

Aktiviti

Pada hari tersebut KWSP dijemput untuk menjalankan program kaunter bergerak di PEDi Karangan. KWSP telah menyampaikan maklumat yang berkaitan berkenaan informasi yang melibatkan pengurusan KWSP. Pihak KWSP jugak menyediakan beberapa perkhidmatan seperti mendaftar dan mengaktifkan i-akaun, menerima permohonan pengeluaran bagi umur 50 dan 55 tahun, pendaftaran simpanan syariah, melakukan pernamaan ke atas akaun pencarum serta memberi taklimat yang berkaitan.  Pusat Ekonomi Digital Keluarga Karangan turut mempromosikan produk-produk yang terdapat di PEDi seperti Pendaftaran Keahlian, E-Tusyen, Perkhidmatan E-Services dan latihan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 09-05-2023

Masa: 10.30 Pagi - 11.30 Pagi

Tempat: Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Peserta: 13 Orang

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai pengenalan kepada pelajar-pelajar pra-sekolah / tabika dalam penggunaan komputer dan apa itu komputer. Dengan kelas yang dijalankan sebegini pelajar tabika telah mendapat pendedahan awal akan penggunaan komputer dan fungsi-fungsi komputer. Ini sedikit sebanyak dapat menarik par pelajar untuk mengetahui dan berminat dengan lebih lanjut lagi akan penggunaan komputer di dalam hidup seharian di masa-masa mendatang.

Aktiviti

Petugas memberi latihan secara atas talian kepada pelajar melalui laman sesawang Digipuzzle dimana para pelajar perlu memadankan gambar-gambar yang tertera di monitor berdasar pengetahuan dan kefahaman mereka. Ini jugak dapat membiasakan pelajar akan penggunaan tertikus dan papan kekunci supaya mereka tidak akan merasa kekok kelak. Tahap kekuasaan jugak di tetapkan kepada peringkat permulaan mengikut tahap kemampuan pelajar-pelajar Tabika Kemas.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 17-12-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 4 Orang

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan menaip terhadap pelajar tahun 1 dan 2. Pada masa yang sama ia turut membantu pelajar belatih menaip dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Sedikit sebanyak kelas sebegini turut membantu para pelajar untuk mengisi masa lapang mereka ketika cuti sekolah.

Aktiviti

Petugas memberi latihan secara atas talian kepada pelajar melalui laman sesawang typingmaster.com dimana para pelajar perlu menulis dan menaip semula ayat-ayat yang terdapat dia dalam laman sesawang tersebut dengan tepat dan lancar dalam masa yang ditetapkan. Tahap kekuasaan jugak di tetapkan kepada peringkat permulaan mengikut tahap kemampuan pelajar tahun 1 & 2.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------