Tarikh: 15-12-2022 Masa: 10.00 Pagi - 01.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 9 Orang |
Tujuan
Bengkel Microsoft Publisher yang dijalankan ini ialah bagi mengisi masa lapang pelajar-pelajar semperna musim cuti persekolahan. Bengkel ini mengfokuskan pelajar-pelajar supaya menjadi lebih mahir dalam mengendali komputer terutamanya dalam penggunaan aplikasi Microsoft Publisher.
Aktiviti
Pada bengkel yang dijalankan ini petugas memberi tugasan kepada para pelajar untuk membuat satu kad jemputan bertemakan sambutan hari kelahiran. Fokus utama ialah pelajar perlu mengunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi tersebut dalam menyempurnakan tugasan. Penilaian dijalankan berdasarkan kepada kreativiti dan infomasi yang disampaikan oleh para pelajar dalam kad jemputan yang dibuat tersebut. Pada masa yang sama petugas turut membantu memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------