Tarikh: 15-12-2022

Masa: 10.00 Pagi - 01.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 9 Orang

Tujuan

Bengkel Microsoft Publisher yang dijalankan ini ialah bagi mengisi masa lapang pelajar-pelajar semperna musim cuti persekolahan. Bengkel ini mengfokuskan pelajar-pelajar supaya menjadi lebih mahir dalam mengendali komputer terutamanya dalam penggunaan aplikasi Microsoft Publisher. 

Aktiviti

Pada bengkel yang dijalankan ini petugas memberi tugasan kepada para pelajar untuk membuat satu kad jemputan bertemakan sambutan hari kelahiran. Fokus utama ialah pelajar perlu mengunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi tersebut dalam menyempurnakan tugasan. Penilaian dijalankan berdasarkan kepada kreativiti dan infomasi yang disampaikan oleh para pelajar dalam kad jemputan yang dibuat tersebut. Pada masa yang sama petugas turut membantu memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 14&15-12-2022

Masa: 03.00 Petang - 06.00 Petang

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 6 Orang

Tujuan

Bengkel Microsoft Word yang dijalankan ini ialah bagi mengisi masa lapang pelajar-pelajar semperna musim cuti persekolahan. Bengkel ini mengfokuskan pelajar-pelajar supaya dapat menjadi lebih mahir dalam mengendali komputer terutamanya dalam penggunaan aplikasi Microsoft Word. 

Aktiviti

Pada bengkel yang dijalankan ini petugas memberi beberapa tugasan kepada para pelajar di mana ianya mengfokuskan para pelajar untuk menjadi lebih mahir dalam penggunaan komputer terutamanya dalam menaip. Antara tugasan-tugasan yang diberikan ialah pelajar perlu menaip sesuatu artikel, membuat jadual kelas bergambar termasuk memuat turun gambar dan memasukannya ke dalam jadual serta menaip senarai nama di dalam jadual dibuat tersebut. Pada masa yang sama petugas turut membantu memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 05-11-2022

Masa: 2.30 Petang - 4.30 Petang

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 6 Orang

Tujuan

Kelas komputer Microsoft Power Point ini dijalankan untuk membantu para pelajar meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam ICT. Tambahan itu aplikasi Microsoft Power Point juga merupakan salah satu aplikasi utama di dalam pembelajaran zaman kini, kerana di setiap institusi awam mahupun swasta pelajar perlu melakukan perbentangan dan Microsoft Power Point ialah medium utama. Selain itu, kelas ini dapat menarik minat para pelajar untuk belajar komputer dengan lebih mendalam lagi. 

Aktiviti

Petugas memberi tugasan kepada para pelajar mengenai Power Point. Tugasan ini memerlukan para pelajar untuk menghasilkan satu set slaid tanyangan 5 muka surat bertemakan bebas mengikut minat pelajar menggunakan Microsoft Power Point. Fokus utama ialah pelajar perlu mengunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi tersebut, terutamanya penggunaan fungsi "animasi". Penilaian akan di jalankan kepada setiap peserta untuk melihat kreativiti masing-masing serta penyampaian infomasi di dalam slaid tersebut.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 09-12-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 2 Orang

Tujuan

Kelas Microsoft Word ini dijalankan ini untuk membantu para pelajar meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan komputer dengan lebih baik. Tambahan itu kelas yang dijalankan ini turut dapat membantu para pelajar mengisi masa lapang mereka di waktu musim cuti sekolah ini. 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar mengggunakan aplikasi Microsoft Word dalam membuat brochure. Tugasan tema diberikan kepada kepada pelajar di mana mereka perlu menyempurnakan brochure tersebut dalam waktu yang diberikan. 

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 05-11-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 3 Orang

Tujuan

Kelas ini dijalankan sebagai ulangkaji dan latihan kepada kepada kelas-kelas menaip yang dijalankan sebelum ini. Petugas ingin membuat penilaian sejauh mana tahap penguasaan mereka dalam penggunaan Microsoft Word sebagai medium penulisan. Penilaian ini sangat penting untuk memastikan pelajar-pelajar terus celik IT dalam penggunaan komputer.

Aktiviti

Petugas memberi latihan Microsoft Word di mana mereka perlu menulis semula perkataan yang di paparkan di hadapan. Mereka perlu mengikut semula tulisan yang di tulis itu seperti perkataan mana yang perlu di "Bold, Underline, Italic, Size dan pastikan Font" yang digunakan itu betul. Dengan latihan seperti ini mereka akan lebih mudah membiasakan diri dalam penggunaan Microsoft Word. Di penghujung kelas, petugas akan menyemak semula satu persatu dan akan membuat penilaian ke atas setiap pelajar.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------