Tarikh: 15-10-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 3 Orang

Tujuan

Pada minggu ni kelas ulangkaji dan ujian asas - asas komputer dijalankan bagi menguji tahap pengetahuan para pelajar (Tahun 1-2) berkenaan infomasi teknologi yang telah mereka pelajari. Antara fokus utama ulangkaji ini ialah berkenaan penggunaan aplikasi asas komputer seperti Microsoft, penggunaan aplikasi carian dan aplikasi-aplikasi lain yang telah di ajarkan. 

Aktiviti

Petugas memberi kuiz-kuiz dan soalan secara atas talian kepada para pelajar melalui laman web https://quizizz.com/. Penilaian markah di ambil berdasarkan jumlah markah tertinggi yang pelajar perolehi. Dengan aktiviti seperti ini pelajar akan terus dapat mengingati apa yang di perlajari dan terus berminat untuk menghadiri kelas yang di jalankan.  

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 14-10-2022

Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 6 Orang

Tujuan

Pada minggu ini aktiviti Kahoot dijalan untuk menilai tahap pengetahuan para pelajar dalam beberapa subjek seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan beberapa subjek lain yang menjadi keutamaan termasuklah Pengetahuan AM.

Aktiviti

Di dalam aktiviti yang di jalankan ini pelajar perlu menjawab soalan yang dikemukakan pada monitor berdasarkan subjek pilihan pertugas. Pelajar perlu menjawab setiap soalan sehingga akhir dan penilaian dilakukan berdasarkan markah yang diperolehi.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 01-10-2022

Masa: 2.30 Petang - 04.30 Petang

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 7 Orang

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar supaya lebih mahir dalam penggunaan komputer terutamanya menaip. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan tahap penguasaan dan kepantasan pelajar dalam menaip maklumat di dalam komputer.

Aktiviti

Petugas membantu pelajar dalam penggunaan aplikasi Typing Master sebagai medium latihan bagi para pelajar. Di akhir kelas 1 pertandingan menaip dijalankan. Hadiah diberikan kepada pelajar yang berjaya menaip paling pantas dan tiada kesalahan dalam perkataan. Dengan aktiviti persaingan sihat sebegini ia dapat membatu pelajar untuk terus meningkat kemahiran mereka dan terus berminat akan kelas-kelas yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Karangan - PEDi Karangan.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 14-10-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 6 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memudahkan pelajar mencipta pelbagai jenis layout dan design kreatif secara online. Hal ini kerana aplikasi canva tersedia dalam pelbagai versi iaitu laman web, appstore dan gedung play. Selain itu, aplikasi canva ini juga mesra pengguna dan merupakan sumber terbuka.

Aktiviti

Petugas membentangkan dan menerangkan tentang aplikasi canva pada skrin projektor. Kemudian, peserta membuka laman web www.canva.com dan memilih jenis design untuk disunting. Setelah kesemua peserta menyiapkan rekabentuk masing-masing, petugas mengajarkan cara untuk memuat turun dalam size pilihan peserta.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 01-10-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 4 Orang

Tujuan

Tujuan kelas ni dijalankan bagi membiasakan pelajar untuk menggunakan medium komputer dan internet sebagai rujukan sumber maklumat. Di samping itu ia juga dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pelajar melalui pembelajaran menggunakan komputer. Pembelajaran secara atas talian mahupun semi komputer mampu menarik minat mereka untuk belajar dengan lebih baik di masa-masa mendatang.

Aktiviti

Petugas menyediakan 2 tugasan gambar rajah di mana mereka perlu mewarna. 1 gambar rajah berbentuk elektronik di mana mereka perlu menggunakan aplikasi paint untuk menyempurnakan tugasan dan 1 lagi gambar rajah di atas kertas di mana mereka perlu merujuk kepada paparan imej carian di internet untuk mewarna objek-objek yang terdapat di atas gambar itu berdasarkan maklumat yang mereka perolehi. Berpandukan aktiviti ini, penilaian akan dijalankan kepada setiap pelajar.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------