Tarikh: 01-10-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 4 Orang

Tujuan

Tujuan kelas ni dijalankan bagi membiasakan pelajar untuk menggunakan medium komputer dan internet sebagai rujukan sumber maklumat. Di samping itu ia juga dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pelajar melalui pembelajaran menggunakan komputer. Pembelajaran secara atas talian mahupun semi komputer mampu menarik minat mereka untuk belajar dengan lebih baik di masa-masa mendatang.

Aktiviti

Petugas menyediakan 2 tugasan gambar rajah di mana mereka perlu mewarna. 1 gambar rajah berbentuk elektronik di mana mereka perlu menggunakan aplikasi paint untuk menyempurnakan tugasan dan 1 lagi gambar rajah di atas kertas di mana mereka perlu merujuk kepada paparan imej carian di internet untuk mewarna objek-objek yang terdapat di atas gambar itu berdasarkan maklumat yang mereka perolehi. Berpandukan aktiviti ini, penilaian akan dijalankan kepada setiap pelajar.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------