Tarikh: 22-10-2022

Masa: 2.30 Petang - 4.30 Petang

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 4 Orang

Tujuan

Kelas yang dijalankan ini ialah untuk memudahkan para pelajar dalam membina carta organisasi terutamanya untuk carta organisasi kelas. Selaras dengan tugasan-tugasan sekolah dan folio yang perlu dilakukan oleh pelajar, pengetahuan dalam membina carta organisasi sangat penting pada masa kini. 

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan asas dalam membina sesuatu carta organisasi seperti memasukkan bentuk, saiz bentuk, font dan warna latar belakang yang bersesuai dan betul. Kemudian, para pelajar dikehendaki membina 1 carta organisasi kelas mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan penerangan yang telah diberikan.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 22-10-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 4 Orang

Tujuan

Pada minggu ini kelas memfokuskan latihan menaip kepada pelajar-pelajar tahun 1 & 2. Kemahiran menaip sangat penting dalam menerajui kehidupan celik IT pada masa kini. Dengan latihan seperti ini juga pelajar-pelajar akan lebih cekap dalam penggunaan komputer bagi menerima tugasan-tugasan kelas yang akan di jalankan pada masa hadapan sama ada di sekolah mahupun di PEDi. 

Aktiviti

Petugas memberi dan menunjukan cara menggunakan simbol-simbol yang terdapat di papan kekunci serta menerangkan cara yang betul dalam sesuatu penulisan. Platfom Microsoft Word di gunakan sebagai medium latihan kerana pelajar akan lebih terdedah akan fungsi-fungsi utama yang terdapat di papan kekunci.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 19-10-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 14 Orang

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan sebagai latihan dan pengenalan kepada kanak-kanak tabika akan penggunaan komputer dan pengetahuan infomasi teknologi. Ini merupakan inisiatif petugas PEDi dan kerjasama pihak Tabika Kemas Kampung Kemunting, Karangan dalam memastikan komuniti-komuniti setempat sentiasa celik ICT.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan ketika di sesi ini ialah melakukan padanan gambar mengikut bentuk yang tertera di monitor. Sesi seperti ini dapat menguji tahap kecekapan dan fokus kanak-kanak di awal usia. Petugas hanya memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam memastikan para pelajar dapat menguasai akan sesi yang dijalankan.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 21-10-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 6 Orang

Tujuan

Kelas yang dijalankan pada minggu ini sebagai 1 bentuk pengujian kepada pelajar dalam menonjolkan kebolehan dan kretiviti pelajar dalam melaksanakan tugasan permainan yang diberikan. Dengan bentuk perlajaran seperti ini ia dapat menarik minat para pelajar untuk belajar menggunakan komputer dengan lebih mendalam lagi. 

Aktiviti

Petugas memberi tugasan kepada pelajar untuk melukis gambar-gambar di mana mereka perlu menggunakan laman carian sebagai rujukan gambar yang perlu mereka lukiskan. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka terus berminat dengan kelas yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Karangan. 

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 15-10-2022

Masa: 2.30 Petang - 4.30 Petang

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 5 Orang

Tujuan

Pada minggu ni kuiz penggunaan Microsoft Word dijalankan bagi menguji tahap pengetahuan para pelajar akan penggunaan aplikasi tersebut. Antara fokus utama kuiz ini ialah untuk mengetahui dan menguji pengetahuan pelajar dalam penggunaan aplikasi tersebut berdasarkan pembelajaran yang telah di jalankan di kelas sebelum ini.  

Aktiviti

Petugas memberi 1 tajuk "Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah" kepada para pelajar di mana mereka perlu membuat 1 surat rasmi menggunakan aplikasi Microsoft Word.  Pertugas melakukan tinjauan dan memberi bimbingan ke atas pelajar semasa kuiz di jalankan. Di akhir kelas penilaian diberikan kepada para pelajar berdasarkan ketepatan format, penggunaan simbol, bahasa dan elemen-elemen yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Word. 

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------