Tarikh: 19-10-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 14 Orang

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan sebagai latihan dan pengenalan kepada kanak-kanak tabika akan penggunaan komputer dan pengetahuan infomasi teknologi. Ini merupakan inisiatif petugas PEDi dan kerjasama pihak Tabika Kemas Kampung Kemunting, Karangan dalam memastikan komuniti-komuniti setempat sentiasa celik ICT.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan ketika di sesi ini ialah melakukan padanan gambar mengikut bentuk yang tertera di monitor. Sesi seperti ini dapat menguji tahap kecekapan dan fokus kanak-kanak di awal usia. Petugas hanya memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam memastikan para pelajar dapat menguasai akan sesi yang dijalankan.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------