Tarikh: 05-09-2023 Masa: 2.00 Petang - 5.00 Petang Tempat: Pusat Ekonomi Digital Sg Batu (PEDi) Peserta: Pelajar Giatmara |
Tujuan
Program ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan dan membantu pelajar Giatmara untuk mempelajari asas editing. Pelajar didedahkan dengan penggunaan aplikasi TikTok dalam penyuntingan video.
Aktiviti
Pelajar diberi pendedahan tentang asas menyunting menggunakan aplikasi TikTok. Antara yang difokuskan oleh pengajar adalah penggunaan setiap ciri-ciri penyuntingan yang ada pada aplikasi TikTok tersebut. Pengajar dan petugas membantu pelajar dalam memastikan pelajar dapat mengikuti apa yang diajar oleh petugas.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 24-08-2023 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi) Peserta: 14 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas pembelajaran ini dijalankan adalah sebagai latihan dan pengenalan kepada kanak-kanak Tabika Kemunting kepada penggunaan komputer dan aplikasi pembelajaran bagi membantu perkembangan minda kanak-kanak Tabika Kemas Kampung Kemunting.
Aktiviti
Kanak-kanak melakukan aktiviti padanan gambar dan aktiviti mewarna semasa sesi pembelajran dilakukan. Aplikasi digipuzzle digunakan semasa sesi tersebut sebagai medium pembelajaran. Sesi seperti ini dapat menguji tahap fokus kanak-kanak semasa melakukan aktiviti.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 18-08-2023 Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi) Peserta: 6 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan sebagai latihan kepada pelajar bagi meningkatkan penguasaan penggunaan komputer. Petugas ingin memastikan setiap pelajar dapat menguasai dalam penggunaan komponen komputer dengan baik.
Aktiviti
Petugas menggunakan aplikasi "digipuzzle" sebagai medium pembelajaran pelajar. Aktivit bermain "puzzle" secara online oleh pelajar dapat memberi latihan kepada mereka serta meningkatkan kemahiran penggunaan tetikus.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 20-08-2023 Masa: 8.00 Pagi - 1.00 Petang Tempat: Dewan KEDA Sungai Buloh, Serdang, Kedah Peserta: Komuniti |
Tujuan
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada komuniti tentang kepentingan pengcegahan nyamuk aedes. Selain itu, program ini juga dimeriahkan dengan pameran dan aktiviti-aktiviti yang menarik.
Aktiviti
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu dijalankan dengan aktiviti-aktiviti seperti pameran dari Pejabat Kesihatan dan Pusat Internet, saringan kesihatan, pertandingan dan cabutan bertuah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 04-08-2023 Masa: 10.30 Pagi - 11.30 Pagi Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi) Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan sebagai latihan kepada pelajar dalam meningkatakan penguasaan menaip mereka. Petugas ingin memastikan setiap pelajar dapat menguasai asas menaip dalam penggunaan Microsoft Word sebagai medium penulisan.
Aktiviti
Petugas memberi latihan Microsoft Word di mana mereka perlu menulis semula perkataan yang di paparkan di hadapan. Dengan latihan seperti ini mereka akan lebih mudah membiasakan diri dalam penggunaan Microsoft Word. Di penghujung kelas, petugas akan menyemak tugas setiap pelajar.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------