Tarikh: 30-05-2024

Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Karangan (NADI)

Peserta: 9 Orang

Tujuan

Aktiviti ini diadakan semperna cuti sekolah bagi mengisi masa peserta dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat.

Aktiviti

Pihak Perpustakaan Desa Sg. Kob telah berkerjasama dengan pihak NADI untuk mengadakan aktiviti ini bersama peserta. Aktiviti yang dijalankan adalah wordsearch dan setiap peserta yang berjaya menyiapkan aktiviti akan mendapat saguhati  daripada pihak Perpustakaan Desa. Aktiviti seperti ini dapat memberi latihan kepada peserta untuk lebih fokus dalam menyiapkan tugasan.

Gambar Disini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 06-03-2024

Masa: 10.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Karangan

Peserta: Petugas Perpustakaan Desa

Tujuan

Kelas asas AI dan Canva ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada petugas Perpustakaan Desa terhadap kemudahan serta kegunaan AI dan Canva. Dengan pendedahan yang telah diberikan harap dapat membantu petugas Perpustaan Desa dalam menyampaikan ilmu ini kepada komuniti dan untuk kegunaan harian petugas.

Aktiviti

Pihak PEDi telah memberi pengenalan terhadap kemampuan AI kepada petugas Perpustakaan Desa dan menunjukkan cara pengguna ChatGPT dan Copilot dalam menghasilkan gambar. Petugas memberi tugasan mengasilkan kertas kerja program dan menghasilkan gambar untuk kegunaan dalam poster. Selain itu, petugas Perpustakaan juga ditugaskan untuk menghasilkan poster dengan menggunakan Canva dengan menggunakan gambar yang telah dihasilkan melalui AI Copilot.

Gambar Disini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 30&31-01-2024

Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi)

Peserta: Komuniti

Tujuan

Pembukaan kaunter fizikal bagi pebdaftaran PADU ini adalah bertujuan memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendaftar PADU secara terus bersama dengan Jabatan Perangkaan Kulim.

Aktiviti

Pihak PEDi telah bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Kulim untuk membuka kaunter fizikal bagi pendaftaran PADU. Pembukaan kaunter fizikal banyak memudahkan komuniti dalam membuat pendaftaran PADU. 

Gambar Disini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 24 & 25- 02- 2024

Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi)

Peserta: Komuniti

Tujuan

Pembukaan kaunter fizikal bagi pebdaftaran PADU ini adalah bertujuan memberi kemudahan kepada komuniti setempat yang belum mendaftar untuk mendaftar PADU secara terus bersama dengan Jabatan Perangkaan Kulim.

Aktiviti

Pihak PEDi telah bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Cawangan Sungai Petani untuk membuka kaunter fizikal bagi pendaftaran PADU. Pembukaan kaunter fizikal banyak memudahkan komuniti dalam membuat pendaftaran PADU.

Gambar Disini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 17-01-2024

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi)

Peserta: 13 Orang

Tujuan

Aktiviti yang dijalankan merupakan salah satu bentuk pembelajaran kepada pelajar tabika dalam memahirkan penggunaan peralatan komputer seperti tertikus. Selain itu, aktiviti ini dapat meningkatkan fokus pelajar dalam menjalankan aktiviti yang dikehendakki.

Aktiviti

Pihak PEDi telah memberi latihan menggunakan laman sesawang "digipuzzle" sebagai latihan kepada pelajar. Aktiviti permainan menggunakan "digipuzzle" lebih difokuskan kepada permainan yang memerlukan pelajar menggunakan tetikus dalam menjalankan aktiviti.

 

Gambar Disini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------