Tarikh: 05-10-2024 Masa: 8.00 Pagi - 2.00 Petang Tempat: Dewan C, Hotel Seri Malaysia, Kedah Peserta: Komuniti |
Tujuan
Kursus ini dijalankan bagi memberi pendedahkan tentang Asas Media Sosial seperti asas teknik fotografi dan video, asas penggunaan media sosial iaitu Facebook dan TikTok.
Aktiviti
Kursus ini dijalankan oleh Jabatan Penerangan Kulim dengan kerjasama NADI Kluster Kulim yang bertempat di Dewan C, Hotel Seri Malaysia, Kulim. Petugas NADI memberi taklimat tentang peranan NADI dan asas penggunaan media sosial seperti Facebook dan TikTok.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 05-10-2024 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Karangan (NADI) Peserta: 6 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam menggunakan PowerPoint dan dapat meningkatkan kreativiti pelajar dalam menghasilkan poster.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah menghasilkan poster "Makanan Kesukaan Saya" yang memerlukan pelajar untuk menzahirkan kreativiti mereka dalam menghasilkan poster yang menarik disamping menerokai fungsi-fungsi yang terdapat dalam Power Point.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 14-09-2024 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Karangan (NADI) Peserta: 5 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah sebagai ulangkaji kepada pelajar tentang pembelajaran mereka semasa di sekolah. Aktiviti ni dilakukan semperna dengan cuti sekolah bagi mengisi masa terluang pelajar.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah menjawab kuiz sejarah dan matematik menggunakan aplikasi Quizzi. Kuiz sejarah yang dijalankan lebih kepada pengetahuan pelajar tentang Malaysia. Manakala kuiz matematik pula adalah soalan berkaitan tambah,tolak, bahagi dan darap.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 19-09-2024 Masa: 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Karangan (NADI) Peserta: 7 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan sempena cuti sekolah. Aktiviti ini dinamakan Kem ICT. Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk mengisi masa lapang pelajar-pelajar ketika cuti sekolah.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan menaip pantas dengan menggunakan Microsoft Word, aktiviti STEM seperti permainan Jengga dan taklimat KDB mengenai buli siber dan over sharing.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 10-09-2024 Masa: 9.00 Pagi - 1.30 Petang Tempat: Atrium KHTP Business Center Peserta: Pelajar Sekolah |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan bagi memberi perdedahkan kepada komuniti dan pelajar tentang peranan NADI dan mededakkan lagi hubungan bersama komuniti.
Aktiviti
Program ini berlangsung di Atrium KHTP Business Centre yang melibat beberapa lagi agensi termasuklah NADI. Aktiviti NADI semasa program ini dijalankan adalah KDB, pameran microbit dan drone, silang kata Merdeka dan aktiviti ChatGPT. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------