Tarikh: 03-01-2024

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi)

Peserta: 11 Orang

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan sebagai salah satu bentuk latihan penggunaan komputer kepada pelajar tabika. Dengan adanya aktiviti ini pelajar tabika akan lebih menguasi penggunaan peralatan komputer terutamanya tetikus.

Aktiviti

Pihak PEDi telah memberi latihan menggunakan laman sesawang "digipuzzle" sebagai latihan kepada pelajar. Pelajar dikehendakki menyesuaikan gambar mengikut bentuk objek. Pelajar perlu menggunakan tetikus dalam menjalan aktiviti ini dan memberikan fokus semasa menjalankan aktiviti tersebut.

Gambar Disini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 10-12-2023

Masa: 9.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat: SK Jalan Selama,Serdang,Kedah

Peserta: Komuniti 

Tujuan

Program yang dijalankan adalah semperna Hari Keusahawanan bagi Sekolah Kebangsaan Jalan Selama, Serdang bagi tahun 2023. Program ini juga turut dimeriahkan dengan jemputan daripada beberapa agensi seperti PEDi, LZNK, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan lain-lain.

Aktiviti

Pihak PEDi Kluster Bandar Baharu telah menyertai program ini dengan membuka booth serta turut mengadakan beberapa aktiviti menarik kepada para peserta. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah word search, online quiz, STEM-IOT, online colouring dan puzzle. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan bagi menarik minat pelajar bagi memudahkan para petugas mendekati pelajar dan dapat memperkenalkan PEDi kepada mereka.

 

Gambar Disini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 04-12-2023

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi)

Peserta: Usahawan Karangan

Tujuan

Taklimat ini diadakan oleh pihak RISDA kepada usahawan Karangan bagi memberi maklumat-maklumat terkini kepada mereka.

Aktiviti

Pegawai RISDA mengambil maklum terhadap perkembangan usahawan-usahawan serta menyampaikan info mengenai getah bagi pengusaha getah. Taklimat ini diadakan dengan kerjasama RISDA dan PEDi Karangan.

 

Gambar Disini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 06-12-2023

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi)

Peserta: 12 Orang

Tujuan

Aktiviti yang dijalanlan adalah sebagai satu bentuk latihan kepada pelajar tadika dalam meningkatkan kemahiran menggunakan komputer terutamanya dalam penggunaan tetikus. Latihan ini juga dapat meningkatkan fokus mereka semasa menjalankan aktiviti tersebut.

Aktiviti

Pelajar diberikan tugasan melalui aplikasi "digipuzzle" yang memerlukan mereka untuk membuat padanan bentuk yang sama, padanan urutan number dan padanan gambar. Pelajar perlu fokus pada paparan skrin dalam memastikan padanan bentuk dapat dilakukan dengan menggunakan tetikus.

 

Gambar Disini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 03-11-2023

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi)

Peserta: 3 Orang

Tujuan

Kelas dijalankan bagi memberi latihan kepada pelajar dalam penggunaan Microsoft Word dan meningkat kecekapan pelajar dalam penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti

Pelajar diarahkan untuk membuat ujian kepantasan menaip semasa awal kelas bagi melihat tahap kepantasan mereka dalam menaip. Seterusnya, pelajar diarahkan untuk menaip semula maklumat yang telah dipaparkan pada skrin projektor mengikut format penulisan yang telah ditetapkan oleh petugas dengan menggunakan Microsoft Word.

Gambar Disini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------