Tarikh: 25&26-05-2023 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi) Peserta: 1 Orang |
Tujuan
Kelas diadakan bagi membantu pelajar untuk menimbal ilmu dalam penggunaan Microsoft Excel bagi memudahkan urusan kerja beliau.
Aktiviti
Pelajar telah diajar tentang ilmu asas dalam penggunaan Microsoft Excel. Petugas telah membimbing pelajar tentang cara penggunaan Ecxel dan pelajar perlu membuat tugasan mudah menggunakan Excel.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 23-10-2023 Masa: 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Komuniti Desa Dingin (PKD) Peserta: 17 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang asas-asas ICT dan asas-asas penggunaan aplikasi Canva. Pendedahan ini dapat memberi pengetahuan baharu kepada pelajar.
Aktiviti
Aktiviti yang telah dijalankan adalah pelajar didedahkan dengan komponen-komponen komputer, cara penggunaan komputer dan kepentingan penggunaan gajet yang betul. Selain itu, pelajar turut didedahkan kepada penggunaan Canva secara asasnya. Pelajar turut diberi tugasan dalam menghasilkan poster bertemakan "Makanan Kegemaran Saya" dengan menggunakan Canva.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 19-10-2023 Masa: 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Serdang (PEDi) Peserta : Usahawan, RD dan Petugas PEDi |
Tujuan
Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan mikro dalam meneraju kearah perkembangan pemasaran digital dalam perniagaan.
Aktiviti
Usahawan dan petugas diberi taklimat tentang perkembangan perniagaan mikro, kecil dan sederhana dalam penyelesaian digital, pemasaran digital yang mudah, murah dan berkesan serta kesediaan untuk dunia digital tanpa sempadan. Taklimat ini dijalankan dengan kerjasama unifi Business dan PEDi.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 20-10-2023 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi) Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Kelas menaip dijalankan kepada pelajar bagi memastikan pelajar sentiasa dapat membiasakan diri terhadap penggunaan papan kekunci. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pelajar dalam penaipan.
Aktiviti
Pelajar perlu menaip semula di Microsoft Word kadungan yang dipaparkan pada skrin projektor. Selain itu, pelajar juga melalukan ujian kepantasan dalam menaip menggunakan aplikasi fastfinger dan pelajar juga menggunakan aplikasi digipuzzle untuk latihan menaip.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 18-10-2023 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi) Peserta: 14 Orang |
Tujuan
Aktiviti yang dijalanlan adalah sebagai satu bentuk latihan kepada pelajar tadika bagi meningkatkan kemahiran menggunakan komputer terutamanya dalam penggunaan tetikus. Latihan ini juga dapat meningkatkan fokus mereka semasa menjalankan aktiviti tersebut.
Aktiviti
Pelajar diberikan tugasan melalui aplikasi "digipuzzle" yang memerlukan mereka untuk membuat padanan bentuk yang sama. Pelajar perlu fokus pada paparan skrin dalam memastikan padanan bentuk dapat dilakukan dengan menggunakan tetikus.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------