Tarikh: 17&18-07-2023 Masa: 9.00 Pagi - 3.00 Petang Tempat: Kolej Komuniti Bandar Baharu Peserta: Terbuka |
Tujuan
Program ini diadakan bagi meraikan 20 Tahun Penubuhan Kolej Komuniti yang memberi impak kepada masyarakat dalam penyediaan latihan yang ditawarkan. Sambutan program ini turut dimeriahkan dengan jemputan-jemputan agensi serta usahawan-usahawan setempat.
Aktiviti
Program sepanjang 2 hari ini dimeriahkan dengan booth-booth dan agensi kerajaan seperti Kesihatan, Bomba, JPAM, Zakat, Tabung Haji, Pusat Internet dan AADK. Selain itu, turut dijalankan kursus-kursus pendek sepanjang 2 hari tersebut. Booth-booth jualan usahawan turut dipamerkan bagi mempromosikan produk jualan mereka.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 15-07-2023 Masa: 8.00 Pagi - 2.00 Petang Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi) Peserta: 16 Orang |
Tujuan
Program ini adalah bagi memberi ilmu asas teknologi dan multimedia kepada pelajar Pondok agar mereka tidak ketinggalan dalam asas terkini media sosial. Program ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan serta kemahiran para pelajar dalam menggunakan komputer.
Aktiviti
Pelajar diberi taklimat oleh Penolong Pengarah MCMC mengenai Klik Dengan Bijak berkaitan Penipuan dan Keselamatan Menggunakan Internet. Selepas itu, bengkel komputer diteruskan dengan kelas membuat poster menggunakan Canva dan editing menggunkan Capcut.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 23-06-2023 Masa: 10:30 Pagi - 11:30 Pagi Tempat: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Kelas yang dijalankan ini adalah merupakan kelas pengenalan komponen komputer dan asas-asas penggunaan komputer kepada pelajar-pelajar baru. Di dalam kelas ini pelajar dapat membiasakan diri mereka dalam menaip dan penggunaan tetikus komputer dengan lebih baik. Kelas ini dapat membiasakan mereka akan penggunaan perkakasan tersebut dengan lebih baik bagi kelas-kelas yang akan datang.
Aktiviti
Petugas memberi latihan kepada pelajar dalam penggunaan papan kekunci melalui aplikasi "digipuzzle" dan "Text Document" di mana pelajar perlu menaip semula perkataan dan huruf yang dipaparkan di monitor dengan menggunakan tulisan dan saiz yang tepat. Petugas jugak memberikan latihan penggunaan tertikus dengan mengajar pelajar menggunakan aplikasi "digipuzzle" dalam menyuaikan gambar. Dengan penggunaan aplikasi seperti ini ia sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada pelajar kerana ia sangat menarik dan sesuatu yang baru pada mereka.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 14-07-2023 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi) Peserta: 5 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan sebagai 1 bentuk pengujian kepada pelajar dalam menonjolkan kebolehan dan kretiviti pelajar dalam melaksanakan tugasan permainan yang diberikan. Dengan bentuk perlajaran seperti ini ia dapat menarik minat para pelajar untuk belajar menggunakan komputer dengan lebih mendalam lagi.
Aktiviti
Petugas memberi tugasan kepada pelajar untuk melukis gambar-gambar di mana mereka perlu menggunakan laman carian sebagai rujukan gambar yang perlu mereka lukiskan. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka terus berminat dengan kelas yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Karangan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 21-06-2023 Masa:10.30 Pagi - 11.30 Pagi Tempat: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peserta: 13 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas pembelajaran ini dijalankan adalah sebagai latihan dan pengenalan kepada kanak-kanak Tabika Kemunting kepada penggunaan komputer dan aplikasi pembelajaran bagi membantu perkembangan minda kanak-kanak tabika. Kerjasama ini dijalankan antara pihak Tabika Kemas Kampung Kemunting bersama PEDi Karangan.
Aktiviti
Kanak-kanak melakukan aktiviti padanan gambar dan aktiviti mewarna semasa sesi pembelajran dilakukan. Aplikasi laman sesawang "digipuzzle" digunakan semasa sesi tersebut. Sesi seperti ini dapat menguji tahap fokus kanak-kanak semasa melakukan aktiviti. Petugas membantu memberi bimbingan kepada pelajar dalam memastikan para pelajar dapat menyempurnakan aktiviti yang dijalankan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------