Tarikh: 07-06-2023 Masa:10.30 Pagi - 11.30 Pagi Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi) Peserta: 12 Orang |
Tujuan
Pembelajaran yang dijalankan ini adalah sebagai latihan dan pengenalan kepada kanak-kanak tabika akan penggunaan komputer dan aplikasi pembelajaran yang boleh membantu dalam perkembangan minda kanak-kanak. Kerjasama ini dijalankan antara pihak Tabika Kemas Kampung Kemunting bersama PEDi Karangan dalam memastikan komuniti-komuniti setempat sentiasa celik ICT.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan pada kelas ini ialah melakukan padanan gambar mengikut bentuk yang tertera di monitor melalui aplikasi laman sesawang "digipuzzle". Sesi seperti ini dapat menguji tahap kecekapan dan fokus kanak-kanak di awal usia. Petugas membantu memberi bimbingan kepada pelajar dalam memastikan para pelajar dapat menyempurnakan aktiviti yang dijalankan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------