Tarikh: 04-11-2022 Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 4 Orang |
Tujuan
Kelas dijalankan pada minggu ini bagi membantu para pelajar mengenai asas penggunaan pelayar internet untuk mencari infomasi dan maklumat dalam kegunaan harian dan masa hadapan. Pendedahan ini dapat memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai fungsi-fungsi penggunaan pelayar di dalam kehidupan mereka. Selain itu ia turut membantu perkembangan pengetahuan para pelajar dalam ICT.
Aktiviti
Di dalam kelas ini petugas memberi kata kunci tempat kepada pelajar di mana mereka perlu mendapatkan infomasi tersebut di atas pelayar seperti mencari infomasi, penggunaan lokasi, pencarian gambar dan lain-lain. Aktiviti ini telah mendedahkan kepada mereka berkenaan penggunaan komputer dengan lebih mendalam. Di akhir kelas pelajar diberikan kuiz secara online berdasar maklumat yang dicari di atas pelayar dan kepantasan pencarian infomasi. Ini telah membantu mereka untuk terus berminat dengan kelas yang di jalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDI).
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 04-11-2022 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 4 Orang |
Tujuan
Kelas yang dijalankan ini memfokuskan akan penggunaan aplikasi Microsoft Office dengan lebih meluas. Pembelajaran pada kali ini ialah bagi melatih para pelajar dalam penggunaan Microsoft Word terutamanya cara memasukan gambar di dalam kotak jadual. Selain itu ia dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam mencari infomasi dan rujukan secara atas talian serta menaip dengan lebih bailk.
Aktiviti
Petugas memberi tugasan kepada para pelajar untuk membuat jadual akan negara-negara asia di mana mereka perlu mencari gambar bendera-bendera asia tersebut dan memasukan ke dalam kotak jadual serta melabelkan dengan nama negara yang tepat. Di akhir kelas petugas membuat penilaian kemahiran pelajar berdasarkan tahap ketepatan, kepantasan dan kecantikan jadual yang di buat oleh pelajar.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 28-10-2022 Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 4 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan menaip pelajar-pelajar. Selain itu, ia juga membantu pelajar menguasai menaip dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Dengan latihan sebegini pelajar akan lebih lancar dalam menggunakan papan kekunci di masa hadapan.
Aktiviti
Petugas memberi latihan secara atas talian kepada pelajar melalui laman sesawang typingmaster.com. Pelajar-pelajar perlu menulis semula ayat-ayat yang terdapat dia dalam laman sesawang tersebut dengan tepat dan lancar dalam masa yang ditetapkan. Tahap kekuasaan jugak di tetapkan kepada peringkat sederhana mengikut tahap kemampuan pelajar.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 29-10-2022 Masa: 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 9 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan pada minggu ini memfokuskan pelajar-pelajar dalam penggunaan aplikasi Microsoft Office - Microsoft Word terutamanya dalam penciptaan bentuk-bentuk yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Pendedahan ciri-ciri ini sangat penting agar mereka tidak saja menggunakan Microsoft Word hanya sekadar dalam penggunaan asas seperti menulis surat sahaja.
Aktiviti
Petugas membantu pelajar-pelajar dalam membuat bentuk-bentuk yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Word. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk membuat bentuk-bentuk unik lain. Dengan pembelajaran seperti ini ia dapat membantu mereka memahami apa yang diajar oleh petugas.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 28-10-2022 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 6 Orang |
Tujuan
Kelas yang dijalankan ini ialah untuk memahirkan para pelajar dalam menggunakan aplikasi Microsoft Office - Microsoft Word. Selaras dengan tugasan-tugasan sekolah dan folio yang perlu dilakukan oleh pelajar pada masa kini, penggunaan applikasi Microsoft Word sangat menjadi keutamaan dalam menyempunakan tugasan-tugasan tersebut.
Aktiviti
Petugas memberikan latihan kepada pelajar dalam bentuk tugasan dengan menyuruh pelajar menulis 1 surat rasmi. Petugas juga memberi penerangan asas dalam membina sesuatu surat rasmi seperti memasukkan bentuk, saiz bentuk, font dan format yang betul.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------