Tarikh: 17-09-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Pagi

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 4 Orang

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meransang daya ingatan para pelajar dalam membentuk skil pemikiran secara visual serta mengenal objek dan warna. Selain itu, ia juga dapat melatih para pelajar erti kesabaran untuk menyelesaikan dan menyempurnakan puzzle tersebut disamping melatih cara berfikir untuk meyelesaikan sesuatu halangan.

Aktiviti

Peserta membuka laman web digipuzzle secara atas talian, kemudian pelajar menyuaikan dan menyelesaikan padanan puzzle bergambar mengikut gambar yang diberikan. Pelajar jugak diberikan peluang untuk memilih gambar mengikut kemahuan dan minat mereka tersendiri. Ini bagi memberi minat para pelajar untuk terus menghadiri kelas yang di jalankan di PEDi. 

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 03-09-2022

Masa: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 5 Orang

Tujuan

Kuiz ini dijalankan sebagai latihan dan ujian akan tahap pengetahuan para pelajar dalam penguasaan penggunaan komputer yang telah di ajarkan. Aktiviti ini dapat membantu para pelajar untuk mengingati dan memahami disamping sebagai ulangkaji akan fungsi-fungsi komputer dan pengetahuan ICT. 

Aktiviti

Petugas telah menjalankan permainan kuiz secara online dan kuiz ini melibatkan penggunaan tajuk-tajuk ICT. Petugas jugak membantu menerangkan maksud dan penggunaan alatan komputer dengan lebih terperinci agar para pelajar dapat memahami dengan lebih jelas. Penilaian terhadap para pelajar akan ditentukan berdasarkan keputusan yang diperolehi apabila para pelajar selesai menjawab soalan kuiz tersebut. 

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 02-09-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 8 Orang

Tujuan

Kelas ini dijalankan sebagai sesi ulangkaji kepada para pelajar - pelajar berkenaan asas penggunaan pelayar internet untuk mencari infomasi. Pembelajaran ini telah memberi sedikit banyak input dan infomasi kepada pelajar mengenai fungsi-fungsi penggunaan pelayar di dalam kehidupan mereka selain dari hanya mencari gambar. 

Aktiviti

Petugas memberi memberi tunjuk ajar dan langkah - langkah mudah kepada pelajar bagaimana untuk mereka mencari sesuatu infomasi di atas pelayar. Di samping itu dengan aktiviti ini dapat meningkatkan lagi kemahiran mereka dengan lebih mendalam berkenaan penggunaan pelayar komputer. Di akhir kelas pelajar diberikan kuiz secara online berdasar maklumat yang dicari di atas pelayar.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 03-09-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 5 Orang

Tujuan

Kelas yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu para pelajar tahun 1 & 2 supaya lebih mahir dalam menaip. Kelas menaip ini turut membantu para pelajar untuk membiasakan diri akan kedudukan abjad pada papan kekunci. Latihan ini dijalankan pada setiap bulan supaya para pelajar dapat meningkatkan tahap penguasaan dalam menaip.

Aktiviti

Pelajar menggunakan aplikasi Typing Trainer secara atas talian untuk latihan ini, dimana pelajar perlu menaip petikan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Latihan ini dijalankan berdasarkan masa yang ditetapkan secara automatik oleh aplikasi tersebut. Pelajar digalakan untuk bersaing semasa aktiviti ini dijalankan kerana ini sedikit sebanyak memberi semangat kepada pelajar untuk melakukan latihan ini dengan lebih bersungguh - sungguh. 

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 26-08-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 7 Orang

Tujuan

Pertandingan Poster Kemerdekaan diadakan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar serta meningkatkan kesedaran tentang konsep dan sejarah kemerdekaan. Tambahan jugak dengan aktiviti seperti ini ia dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam pertandingan ini kerana penggunaan aplikasinya yang cantik, menarik dan kreatif.

Aktiviti

Petugas memberi tajuk kepada pelajar untuk mencipta 1 poster kemerdekaan bertemakan "Saya Sayang Malaysia" menggunakan aplikasi Microsoft Publisher. Pemenang dinilai berdasarkan ciptaan poster yang paling menyerlah dan kreatif. Sesi pemberian hadiah turut di ada kan pada tempat Pertama, Kedua & Ketiga. 

Gambar Disini

Gambar Poster

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------