Tarikh: 15-07-2022 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan untuk melatih para pelajar dalam penggunaan Microsoft Word terutamanya dalam membuat jadual. Selain itu ia dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam menaip.
Aktiviti
Petugas memberi satu tugasan kepada para pelajar untuk membuat jadual waktu pelajaran sekolah masing - masing. Petugas akan membuat penilain dihujung kelas berdasarkan tahap ketepatan dan kepantasan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 02-07-2022 Masa: 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan untuk menguji pengetahuan para pelajar akan komponen-komponen komputer disamping mengulangkaji modul pelajaran yang pernah di ajar pada sebelum ini. Dengan aktiviti seperti ini pelajar dapat mengisi masa lapang ketika cuti sekolah dan dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan manfaat kepada mereka.
Aktiviti
Petugas memberi kuiz kepada pelajar dalam penggunaan aplikasi secara atas talian iaitu ""Quizizz" di mana pelajar perlu memilih jawapan yang tepat berdasar pengetahuan mereka. Di akhir kelas pelajar di berikan latihan akan penggunaan aplikasi komputer microsoft word sebagai sedikit ulangkaji. Dengan cara ini pelajar tidak jemu akan kelas yang dia jalan kan di Pusat Ekonomi Digital.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 25-06-2022 Masa: 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi melatih para pelajar dalam menggunakan papan kekunci dengan lebih lancar. Di dalam kelas ini pelajar dapat melatih dan meningkatkan kemahiran mereka dalam menaip dengan lebih cepat dan tepat lagi. Disamping itu latihan ini dapat membiasakan mereka akan penggunaan perkakasan tersebut tanpa merasa kekok disamping menghafal kedudukan abjad di atas papan kekunci.
Aktiviti
Petugas memberi latihan kepada pelajar dalam penggunaan papan kekunci melalui aplikasi Typing Trainer dan Digi Puzzle online di mana pelajar perlu menaip semula perkataan dan huruf yang dipaparkan dia monitor dengan cepat dan tepat. Masa dan ketepatan perkataan di ambil sebagai rekod bagi memperbaiki kelemahan pelajar secara individu. Dengan penggunaan aplikas atas talian ini ia sedikit sebanyak turut membantu pelajar untuk terus suka akan kelas yang di jalankan kerana paparanya amat menarik minat para pelajar untuk terus menggunakanya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 02-07-2022 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 5 Orang |
Tujuan
Kelas ini dapat mengasah kemahiran para pelajar dalam menggunakan papan kekunci dan tetikus komputer. Di dalam kelas ini pelajar dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam menaip dan penggunaan tetikus komputer dengan lebih lancar. Latihan ini juga dapat membiasakan mereka akan penggunaan perkakasan tersebut dengan lebih baik.
Aktiviti
Petugas memberi latihan kepada pelajar dalam penggunaan papan kekunci melalui aplikasi Text Document di mana pelajar perlu menaip semula perkataan yang dipaparkan di monitor dengan menggunakan tulisan dan saiz yang tepat. Penggunaan hufur besar dan spacing jugak diambil kira dalam penilaian. Petugas jugak memberikan latihan penggunaan tertikus dengan mengajar pelajar menggunakan aplikasi Paint. Dengan penggunaan aplikasi Paint ini ia sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada pelajar kerana ia sangat menarik dan sesuatu yang baru pada mereka.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 24-06-2022 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 2 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi melatih kemahiran para pelajar dalam menggunakan papan kekunci dan tetikus komputer. Di dalam kelas ini pelajar dapat melatih dan meningkatkan kemahiran mereka dalam menaip dan penggunaan tetikus komputer dengan lebih cepat lagi. Disamping itu latihan ini dapat membiasakan mereka akan penggunaan perkakasan tersebut tanpa merasa kekok.
Aktiviti
Petugas memberi latihan kepada pelajar dalam penggunaan papan kekunci melalui aplikasi Typing Trainer di mana pelajar perlu menaip semula perkataan yang dipaparkan dia monitor. Petugas jugak memberikan latihan penggunaan tertikus dengan mengajar pelajar dalam penggunaan aplikasi Paint. Dengan penggunaan aplikasi Paint ini jugak ia turut membantu pelajar untuk terus suka akan kelas yang di jalankan kerana pelajar mudah tertarik akan perwarnaan disamping mengasah kemahiran mereka.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------