Tarikh: 17-02-2022 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 10 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak Tabika Kemas mengenai pembelajaran secara atas talian. Terdapat pelbagai permainan pendidikan yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak didalam laman sesawang yang disediakan.
Aktiviti
Petugas memberi pendedahan berkenaan permainan pendidikan Puzzle Online. Puzzle Online mempunyai permainan yang sangat menarik yang boleh kanak-kanak gunakan. Setiap pelajar perlu melengkapkan teka teki yang terdapat dia laman sesawang itu dengan lengkap.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 10-02-2022 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 11 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak Tabika Kemas mengenai asas komponen-komponen komputer. Pendedahan ini dapat memberi imput sedikit sebanyak mengenai fungsi-fungsi komponen komputer tersebut kepada kanak-kanak, kerana ia merupakan asas penting.
Aktiviti
Petugas menayangkan video mengenai asas komponen komputer dan kegunaanya supaya dapat menarik minat mereka. Gambar yang menarik memudahkan kanak-kanak untuk mengingati setiap komponen komputer tersebut. Selain itu, petugas turut menjalankan aktiviti mewarna "Komputer Saya".
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 16-12-2021 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 4 Orang |
Tujuan
Kelas tambahan literasi ICT ini dijalankan atas inisiatif petugas untuk membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam subjek ICT. Kelas ini dijalankan semasa cuti persekolahan dengan kerjasama guru tabika Kemas.
Aktiviti
Aktiviti-aktiviti yang di jalankan ini merupakan silibus ketika cuti sekolah merangkumi e-pembelajaran, aplikasi pembelajaran dan pembelajaran menggunakan komputer. Modul yang digunakan melalui laman web https://www.digipuzzle.net/.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 30-12-2021 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 5 Orang |
Tujuan
Kelas tambahan ICT bersama tabika kemas ini merupakan kerjasama antara PEDi dan Tabika Kemas. Kelas tambahan ini dijalankan semasa cuti persekolahan. Kelas ini dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan kanak-kanak dalam penggunaan komputer.
Aktiviti
Petugas memberi fokus kepada pembelajaran secara atas talian melalui laman sesawang pembelajaran. Antara modul pelajaran atas talian ialah mewarna, mengenal pasti huruf, pengiraan titik bersilang dan teka teki. Petugas akan memberi bimbingan serta tunjuk ajar bagi membantu kanak-kanak tersebut menjawab soalan serta menyelesaikan setiap aktiviti tersebut.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 08-12-2021 Masa: 2.00 Petang - 4.00 Petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 7 Orang |
Tujuan
Kelas komputer Microsoft Power Point ini dijalankan untuk membantu para pelajar meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam ICT. Selain itu, kelas ini dapat menarik minat para pelajar untuk belajar komputer dengan lebih mendalam lagi.
Aktiviti
Petugas memberi tugasan kepada para pelajar mengenai Power Point. Tugasan ini memerlukan para pelajar untuk menghasilkan satu poster bertemakan "Sayangi Alam Sekitar" menggunakan Microsoft Power Point. Penilaian akan di jalankan kepada setiap peserta untuk melihat kreativiti masing-masing.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------