Tarikh: 10-02-2022 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 11 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak Tabika Kemas mengenai asas komponen-komponen komputer. Pendedahan ini dapat memberi imput sedikit sebanyak mengenai fungsi-fungsi komponen komputer tersebut kepada kanak-kanak, kerana ia merupakan asas penting.
Aktiviti
Petugas menayangkan video mengenai asas komponen komputer dan kegunaanya supaya dapat menarik minat mereka. Gambar yang menarik memudahkan kanak-kanak untuk mengingati setiap komponen komputer tersebut. Selain itu, petugas turut menjalankan aktiviti mewarna "Komputer Saya".
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------