Tarikh: 18-9-2021 Masa: 2.00 Petang - 3.00 Petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 7 Orang |
Tujuan
Kelas ini diajalankan setiap minggu bagi meningkatkan kemahiran serta pengetahuan para pelajar untuk mengusai subjek Bahasa Inggeris. E-Tuisyen ini merupakan kelas sampingan bagi membantu komuniti luar bandar yang tidak mampu meyertai kelas tambahan berbayar.
Aktiviti
Kelas pada minggu ini mengupas topik mengenai "Countable and Uncountable Nouns". Guru yang mengajar memberi penerangan beserta latihan bagi menilai tahap pemahaman pelajar mengenai topik tersebut. Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 3-9-2021 Masa: 3.00 Petang - 5.00 Tempat: Atas Talian (ZOOM) Peserta: 10 |
Tujuan
Latihan ini dijalankan bagi menerangkan kepada petugas-petugas Pusat Internet Komuniti mengenai fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi zoom. Latihan ini dapat menigkat pengetahuan serta kemahiran dalam menggunakan aplikasi zoom.
Aktiviti
Petugas menunjukan demo cara-cara berkongsi "live streaming di Facebook''. Pada waktu yang sama, petugas menunjukan cara-cara pembetangan slide secara umum.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 28-8-2021 Masa: 2.00 Petang - 4.30 Petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi membatu para pelajar dalam meningkatkan pengetahuan serta penguasaan subjek Bahasa Inggeris & Sains. Kelas ini merupakan inisiatif syarikat swasta dalam membantu komuniti di luar bandar.
Aktiviti
Guru mengadakan kuiz bagi mata perlajaran yang terlibat untuk membuat penilaian bagi mengetahui tahap penguasaan para pelajar dalam subjek berkenaan. Kuiz yang dijalankan menggunakan aplikasi Quizizz secara dalam talian.
Gambar Disini
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 3-9-2021 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 2 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi membantu guru-guru Tabika Kemas dalam memudahkan urusan mereka melengkapkan laporan bulanan. Petugas membantu dan membimbing dengan cara memberi tunjuk ajar dengan betul.
Aktiviti
Petugas mengajar guru-guru memuat naik foto daripada telefon ke Google Drive. Selain itu, mereka perlu membuat fail mengikut garis panduan yang telah tersedia.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 26-8-2021 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 5 Orang |
Tujuan
Kuiz ini dijalankan bagi menguji tahap pengetahuan para pelajar dalam penguasaan penggunaan simpulan bahasa di dalam subjek bahasa Malaysia. Aktiviti ini dapat membantu para pelajar untuk memahami maksud-maksud simpulan bahasa dengan lebih baik.
Aktiviti
Petugas telah menjalankan permainan kuiz secara online dan kuiz ini melibatkan penggunaan topik simpulan bahasa. Petugas jugak membantu menerangkan maksud simpulan bahasa dengan lebih terperinci agar para pelajar dapat memahami dengan lebih jelas. Penilaian terhadap para pelajar akan ditentukan berdasarkan keputusan yang diperolehi apabila para pelajar selesai menjawab soalan kuiz tersebut.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------