Tarikh: 12-11-2021 Masa: 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Bengkel usahawan ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu usahawan setempat maju di dalam perniagaan dengan memasarkan produk di atas talian. Selain itu, bengkel shopee ini dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam pemasaran digital.
Aktiviti
Peserta di ajar cara-cara membuat akaun shopee dan cara-cara menggunakan laman web shopee ini. Peserta turut dibekalkan dengan modul mengenai shopee sebagai rujukan serta panduan kepada peserta.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 30-10-2021 Masa: 9.00 Pagi - 10.00 Pagi Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi membantu murid-murid tahun 5 untuk meningkatkan pengetahuan serta penguasaan dalam subjek tersebut. Kelas ini dijalankan secara atas talian.
Aktiviti
Pada minggu ini topik yang diajarkan kepada murid-murid adalah berkenaan pengkaratan, cahaya dan tenaga. Guru memberi penekanan kepada topik-topik ini kerana terdapat ramai pelajar yang kurang memahami. Dihujung kelas, guru memberi latihan untuk mengenal pasti tahap kefahaman para pelajar.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 16-10-2021 Masa: 2.00 Petang - 3.00 Petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 7 Orang |
Tujuan
Kelas E-Tuisyen ini dijalankan bagi membantu pelajar - pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar mendapat pendidikan secukupnya. E-Tuisyen ini merupakan inisiatif pihak swasta dalam membantu pelajar - pelajar di bawah kategori B40 ini agar dapat menguasai subjek tersebut.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan secara atas talian di mana guru tersebut berada dia lokasi yang lain iaitu berpusat di Kuala Lumpur. Latihan turut diberi untuk mengenal pasti kelemahan yang ada pada para pelajar dapat ditingkatkan dan menambah pengetahuan baru kepada para pelajar.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 29-10-2021 Masa: 10.00 Pagi - 11.00 Pagi Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 4 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar tahun 4 untuk meningkatkan pengetahuan serta penguasaan dalam subjek tersebut. Kelas ini dijalankan secara atas talian.
Aktiviti
Pada minggu ini guru memberikan penekanan dalam menulis karangan ringkas dan para pelajar perlu membina ayat mengikut kreativiti masing-masing. Di akhir kelas, guru akan memberi markah dan membuat penilaian.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
Tujuan
Kelas ini dijalankan untuk mengisi masa lapang para pelajar ketika waktu cuti sekolah. Selain itu, aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar untuk mereka belajar menggunakan komputer dan menambah ilmu pengetahuan dalam ICT.
Aktiviti
Permainan pendidikan yang dijalankan bersama para pelajar adalah word search. Permainan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Vocabulary, Sains dan Geografi. Peserta perlu menyelesaikan puzzle ini dalam masa yang diberikan dan peserta yang terpantas melengkapkan semua jawapan dikira sebagai pemenang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------