Tarikh: 4-5-2021

Masa: 10.00 Pagi - 11.30 Pagi

Tempat: Pusat Internet Karangan

Peserta: 1 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memudahkan peserta membuat gambaran data dalam bentuk carta. Selain itu, peserta dapat menambah pengetahuan dalam penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti

Peserta membina jadual data di dalam Microsoft Word. Kemudian, data-data ditukarkan ke dalam bentuk carta agar mudah dibaca.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 24-4-2020

Masa: 2.30 Petang - 4.30 Petang 

Tempat: Pusat Internet Karangan

Peserta: 20 Orang

Tujuan

Pertandingan mewarna sempena Hari Bumi. Aktiviti ini dapat mengeratkan Pusat Internet dengan komuniti terutama dengan agensi kerajaan seperti Perpustakaan Desa.

Aktiviti

Petugas Perpustakaan Desa menyediakan gambar mewarna kepada peserta dengan tema Hijau Bumi. Kemudian, peserta diminta untuk mewarna dengan kemas, canrik dan menarik untuk pihak Perpustakaan Desa dan Pusat Internet mencari pemenang pertandingan.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 22-4-2021

Masa: 2.30 Petang - 4.30 Petang

Tempat: Pusat Internet Karangan

Peserta: 4 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk menyajikan, menyisipkan atau menampilkan data dalam bentuk grafik seperti garis, pie, lingkaran dan sebagainya.

Aktiviti

Peserta membuat dan mengisi jadual data. Kemudian, peserta membina chart berdasarkan kesemua data yang telah dibina dengan memilih bentuk pie chart.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 24-4-2021

Masa: 2.15 Petang - 4.15 Petang 

Tempat: Pusat Internet Karangan

Peserta: 2 Orang

Tujuan

E-Tuisyen merupakan sebuah inisiatif Pusat Internet bagi membantu pelajar-pelajar mendapatkan kelas tambahan dalam pelbagai subjek pilihan. Pembelajaran atas talian ini dibimbing oleh tenaga-tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar terutama golongan B40 dimana yuran yang dikenakan amat berpatutan.

Aktiviti

Pembelajaran atas talian melibatkan subjek Sains dan Bahasa Inggeris. Tenaga pengajar memberi fokus kepada topik-topik yang penting kepada pelajar. Latihan turut dijalankan dipenghujung kelas bagi mengetahui tahap pemahaman pelajar-pelajar.

Gambar Disini

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 21-4-2021

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Internet Karangan

Peserta: 5 Orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah bakat mewarna peserta dengan menggunakan komputer. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran teknologi peserta dan menguji tahap kecerdasan minda peserta tentang advokasi yang telah dipelajari.

Aktiviti

Peserta membuka laman web colouring online dan mewarna gambarajah yang dipilih.

Gambar Disini

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------