Tarikh: 21-8-2021 Masa: 2.00 Petang - 4.00 Petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 5 |
Tujuan
Kelas ini di jalankan bagi membantu para pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka di dalam subjek bahasa inggeris dan sains. Selain itu, E-Tuisyen ini turut membantu para pelajar dalam mengisi waktu lapang mereka ketika cuti mingguan sekolah.
Aktiviti
Guru E-Tuisyen menerangkan kepada para belajar berkenaan subjek dan topik pilihan berdasarkan tentatif pembelajaran. Di akhir pembelajaran, guru memberi latihan kepada para pelajar untuk mengetahui tahap kefahaman mereka dalam topik yang diajar
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 18-8-2021 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi memenuhi permintaan guru-guru tabika untuk melakukan ulangkaji atas pembelajaran sebelum ini. Di mana mereka di kehendaki untuk menghantar laporan menggunakan email ke dalam google drive dan kelas ini telah membantu mereka serba sedikit dalam mempercepatkan prosess membuat laporan tersebut.
Aktiviti
Pertugas memberi tunjuk ajar cara-cara memuat naik fail dan dokumen ke dalam google drive dan juga membuat pengkelasan fail baru di dalam fail sedia ada.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 29-5-2021 Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 6 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi menarik pelajar-pelajar sekolah untuk menggunakan komputer. Permainan pendidikan ini merupakan salah satu insentif untuk menarik pelajar-pelajar untuk belajar komputer. Pembelajaran secara online dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan mereka dalam ICT.
Aktiviti
Aktiviti yang dapat dijalankan bersama pelajar-pelajar adalah permainan pendidikan seperti Kuiz Online. Kuiz online ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam subjek tertentu. Kuiz ini melibatkan beberapa subjek seperti bahasa inggeris, matematik, bahasa melayu dan pendidikan islam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 3-8-2021 Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 4 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru-guru Tabika Kemas dalam melaksanakan tugasan PDPR di mana mereka dikehendaki menghantar laporan-laporan menggunakan email ke dalam google drive. Kelas ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam menambah pengetahuan serta kemahiran mereka dalam menggunakan komputer.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuat email dan cara-cara menggunakan google drive. Antaranya ialah, cara-cara memuatnaik dokumen serta fail ke dalam google drive dan cara-cara menghnatar kepada penerima.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 29-5-2021 Masa: 2.00 Petang - 3.00 Petang Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Kelas E-Tuisyen ini dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar golongan B40 dalam mendapatkan kelas tambahan bagi subjek-subjek yang mereka lemah. Melalui kelas ini, perhatian yang lebih akan diberikan kepada mereka agar mereka dapat mengusai subjek tersebut. Pembelajaran ini dijalankan secara atas talian
Aktiviti
Pembelajaran dijalankan secara atas talian di mana topik di dalam modul matematik tahun 5 yang dibincangkan adalah topik pecahan. Peserta dibekalkan dengan nota dan latihan yang disediakan oleh petugas.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------