Tarikh: 05-12-2021 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 10 Orang |
Tujuan
Kelas literasi ICT ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Internet Karangan & Tabika Kemas Kampung Kemunting. Tujuan kelas ni dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kanak-kanak melalui pembelajaran menggunakan komputer. Pembelajaran secara atas talian mampu menarik minat mereka untuk belajar dengan lebih baik.
Aktiviti
Petugas menyediakan laman web pemberlajaran iaitu https://www.coloring4all.com/ sebagai modul pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah mewarnakan gambar rajah di paparan dengan warna yang bersesuain dengan lengkap. Berpandukan aktiviti ini, penilaian akan dijalankan kepada setiap pelajar.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 1-12-2021 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 16 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tabika kemas berkaitan ICT. Pembelajaran ICT mengenai asas-asas menggunakan komputer serta belajar dengan menggunakan komputer. Zaman sekarang, terdapat pelbagai kemudahan serta grafik yang menarik yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk belajar komputer.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah mewarna online. Mewarna online ini dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan kanak-kanak supaya menjadi lebih kreatif dalam pembelajaran. Laman web yang digunakan adalah https://www.online-coloring.com/.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 22-11-2021 Masa: 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 7 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran para pelajar dalam proses pengeditan gambar. Kemahiran ini sangat berguna kepada pelajar-pelajar sekolah agar dapat digunakan dalam pembelajaran.
Aktiviti
Proses pengeditan gambar ini dilakukan dengan muat turun gambar dari google untuk menukar latar belakang gambar tersebut. Petugas melihat dan memberi tunjuk ajar kepada para pelajar dengan cara yang betul. Di penghujung kelas, petugas akan membuat penilaian kepada setiap pelajar yang mengikuti kelas tersebut.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 30-11-2021 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 11 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti dan Tabika Kemas dengan tujuan untuk membantu memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai ICT. Kanak-kanak ini akan didedahkan dengan asas-asas penggunaan komputer dan pembelajaran di dalam internet.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak pembelajaran di dalam internet agar dapat menarik minat kanak-kanak tersebut. Pembelajaran dengan grafik yang menarik dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman kanak-kanak ini. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti sambungan no sehingga no yang terakhir menghasilkan 1 gambar yang menarik.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 16-11-2021 Masa: 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 6 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan sebagai ulangkaji kepada kepada kelas-kelas yang dijalankan sebelum ini kerana terhenti seketika disebabkan PKP. Petugas ingin membuat penilaian sejauh mana tahap penguasaan mereka dalam penggunaan microsoft word. Penilaian ini sangat penting untuk memastikan pelajar-pelajar terus celik IT dalam penggunaan komputer.
Aktiviti
Petugas memberi latihan microsoft word di mana mereka perlu mengarang satu karangan pendek ketika cuti sekolah. Aktiviti ini sedikit sebanyak meningkatkan pengetahuan mereka setelah sekian lama tidak hadir ke kelas komputer. Di penghujung kelas, petugas akan membaca satu persatu dan akan membuat penilaian ke atas setiap pelajar.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------