Tarikh: 30-11-2021 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Internet Komuniti Karangan Peserta: 11 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti dan Tabika Kemas dengan tujuan untuk membantu memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai ICT. Kanak-kanak ini akan didedahkan dengan asas-asas penggunaan komputer dan pembelajaran di dalam internet.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak pembelajaran di dalam internet agar dapat menarik minat kanak-kanak tersebut. Pembelajaran dengan grafik yang menarik dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman kanak-kanak ini. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti sambungan no sehingga no yang terakhir menghasilkan 1 gambar yang menarik.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------