Tarikh: 1-12-2021 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 16 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tabika kemas berkaitan ICT. Pembelajaran ICT mengenai asas-asas menggunakan komputer serta belajar dengan menggunakan komputer. Zaman sekarang, terdapat pelbagai kemudahan serta grafik yang menarik yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk belajar komputer.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah mewarna online. Mewarna online ini dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan kanak-kanak supaya menjadi lebih kreatif dalam pembelajaran. Laman web yang digunakan adalah https://www.online-coloring.com/.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------