Tarikh: 24-07-2022

Masa: 8.30 Pagi - 5.30 Petang

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: Penduduk Sekitar Karangan

Tujuan

Program tahunan ini dijalankan bagi merapatkan dan mengekalkan hubungan dengan komuniti serta agensi-agensi awam dan wasta. Selain itu, program ini mencari usahawan-usahawan baru yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus anjuran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Karangan. Program ini juga dapat mempromosikan program-program serta aktiviti yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Karangan supaya komuniti sedar dan maklum akan maklumat tersebut.

Aktiviti

Pada hari tersebut terdapat beberapa agensi dijemput untuk memeriahkan program tersebut seperti Klinik Kesihatan, KWSP, Tabung Haji dan Jabatan Penerangan. Agensi-agensi ini turut membuka kaunter perkhidmatan serta memberi taklimat yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan. Selain itu bengkel keusahawanan turut dijalankan sperti bengkel Shopee. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Karangan turut mempromosikan produk-produk yang terdapat di PEDi seperti Pendaftaran Keahlian, E-Tusyen, Perkhidmatan E-Services dan latihan serta aktiviti-aktivit yang dijalankan. 

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 23-07-2022

Masa: 2.30 Petang - 4.30 Petang

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 7 Orang

Tujuan

Aktiviti Kahoot dijalan untuk menilai tahap pengetahuan para pelajar dalam beberapa subjek seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan beberapa subjek lain yang menjadi keutamaan termasuklah Pengetahuan AM.

Aktiviti

Di dalam aktiviti yang di jalankan ini pelajar perlu menjawab soalan yang dikemukakan pada monitor berdasarkan subjek pilihan pertugas. Pelajar perlu menjawab setiap soalan sehingga akhir dan penilaian dilakukan berdasarkan markah yang diperolehi.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 22-07-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 2 Orang

Tujuan

Kelas ini merupakan sambungan kepada pembelajaran sebelum ini. Kelas dijalankan untuk melatih para pelajar dalam penggunaan Microsoft Word terutamanya dalam membuat jadual. Selain itu ia dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam menaip. 

Aktiviti

Petugas memberi tugasan kepada para pelajar untuk membuat jadual waktu pelajaran sekolah masing - masing. Di akhir kelas petugas membuat berdasarkan tahap ketepatan, kepantasan dan kecantikan jadual yang di buat oleh pelajar.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 23-07-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 5 Orang

Tujuan

Kelas ini merupakan sambungan kepada pembelajaran sebelum ini. Pada minggu ini pelajar didedahkan akan penggunaan Microsoft Word. Selain itu kelas yang di jalankan ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka dalam teknologi maklumat. 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar secara asas kepada para pelajar untuk menggunakan aplikasi tersebut seperti cara untuk menulis, munukar jenis tulisan, menukar saiz tulisan dan asas - asas ringkas yang lain. Di akhir kelas pelajar disuruh menulis nama sendiri dan menggunakan fungsi - fungsi yang telah di ajar secara kreatif sebagai ulangkaji akan pembelajaran yang di ajar.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 16-07-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 4 Orang

Tujuan

Kelas ini dijalankan sebagai pengenalan kepada murid - murid berkenaan aplikasi - aplikasi yang terdapat di dalam komputer. Pada minggu ini murid - murid diperkenalkan kepada aplikasi Microoft Office iaitu Microsoft Word. Selain kelas yang di jalankan ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka dalam teknologi maklumat. 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar secara asas kepada para pelajar untuk menggunakan aplikasi tersebut seperti cara untuk menulis, munukar jenis tulisan, menukar saiz tulisan dan asas - asas ringkas yang lain. Di akhir kelas pelajar disuruh menulis nama sendiri dan menggunakan fungsi - fungsi yang telah di ajar secara kreatif.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------