Tarikh: 04-06-2022 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 4 Orang |
Tujuan
Kelas ini merupakan sambungan kepada kelas yang dijalankan bagi membantu para pelajar mengenai asas-asas penggunaan papan kekunci komputer. Di dalam kelas ini pelajar di berikan latihan dalam menaip di samping mengetahui dengan lebih terperinci akan kegunaan papan kekunci seperti penggunaan simbol - simbol dan angka. Kelas ini juga telah berjaya menarik minat pelajar untuk mengetahui mengenai ICT dengan lebih mendalam lagi.
Aktiviti
Petugas memberi latihan kebiasaan penggunaan papan kekunci kepada pelajar di mana pelajar perlu menaip semula perkataan yang diberikan dalam masa yang diberikan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kebiasaan dan kepantasan pelajar dalam penggunaan papan kekunci di samping meningkatkan daya saing positif. Akhir kelas pelajar diberikan permainan menaip secara online melalui laman sesawang digipuzzle, ini dapat membuat mereka terus berminat dengan kelas yang dijalankan dia Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------