Tarikh: 04-06-2022 Masa: 2.00 Petang - 4.00 Petang Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 9 Orang |
Tujuan
Kelas ini merupakan sambungan kepada kelas yang dijalankan bagi membantu para pelajar mengenai asas penggunaan pelayar internet untuk mencari infomasi dan maklumat dalam kegunaan harian dan masa hadapan. Pendedahan ini dapat memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai fungsi-fungsi penggunaan pelayar di dalam kehidupan mereka. Selain itu ia turut membantu perkembangan pengetahuan para pelajar dalam ICT.
Aktiviti
Di dalam kelas ini petugas memberi memberi kata kunci kepada pelajar di mana mereka perlu mendapatkan infomasi tersebut di atas pelayar seperti mencari infomasi, penggunaan lokasi, pencarian gambar dan lain-lain. Aktiviti ini telah mendedahkan kepada mereka berkenaan penggunaan komputer dengan lebih mendalam. Di akhir kelas pelajar diberikan kuiz secara online berdasar maklumat yang dicari di atas pelayar dan kepantasan pencarian infomasi. Ini telah membantu mereka untuk terus berminat dengan kelas yang di jalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDI).
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------