Tarikh: 04-11-2022 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 4 Orang |
Tujuan
Kelas yang dijalankan ini memfokuskan akan penggunaan aplikasi Microsoft Office dengan lebih meluas. Pembelajaran pada kali ini ialah bagi melatih para pelajar dalam penggunaan Microsoft Word terutamanya cara memasukan gambar di dalam kotak jadual. Selain itu ia dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam mencari infomasi dan rujukan secara atas talian serta menaip dengan lebih bailk.
Aktiviti
Petugas memberi tugasan kepada para pelajar untuk membuat jadual akan negara-negara asia di mana mereka perlu mencari gambar bendera-bendera asia tersebut dan memasukan ke dalam kotak jadual serta melabelkan dengan nama negara yang tepat. Di akhir kelas petugas membuat penilaian kemahiran pelajar berdasarkan tahap ketepatan, kepantasan dan kecantikan jadual yang di buat oleh pelajar.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------