Tarikh: 22-10-2022

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

Peserta: 4 Orang

Tujuan

Pada minggu ini kelas memfokuskan latihan menaip kepada pelajar-pelajar tahun 1 & 2. Kemahiran menaip sangat penting dalam menerajui kehidupan celik IT pada masa kini. Dengan latihan seperti ini juga pelajar-pelajar akan lebih cekap dalam penggunaan komputer bagi menerima tugasan-tugasan kelas yang akan di jalankan pada masa hadapan sama ada di sekolah mahupun di PEDi. 

Aktiviti

Petugas memberi dan menunjukan cara menggunakan simbol-simbol yang terdapat di papan kekunci serta menerangkan cara yang betul dalam sesuatu penulisan. Platfom Microsoft Word di gunakan sebagai medium latihan kerana pelajar akan lebih terdedah akan fungsi-fungsi utama yang terdapat di papan kekunci.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------