Tarikh: 15-10-2022 Masa: 2.30 Petang - 4.30 Petang Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 5 Orang |
Tujuan
Pada minggu ni kuiz penggunaan Microsoft Word dijalankan bagi menguji tahap pengetahuan para pelajar akan penggunaan aplikasi tersebut. Antara fokus utama kuiz ini ialah untuk mengetahui dan menguji pengetahuan pelajar dalam penggunaan aplikasi tersebut berdasarkan pembelajaran yang telah di jalankan di kelas sebelum ini.
Aktiviti
Petugas memberi 1 tajuk "Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah" kepada para pelajar di mana mereka perlu membuat 1 surat rasmi menggunakan aplikasi Microsoft Word. Pertugas melakukan tinjauan dan memberi bimbingan ke atas pelajar semasa kuiz di jalankan. Di akhir kelas penilaian diberikan kepada para pelajar berdasarkan ketepatan format, penggunaan simbol, bahasa dan elemen-elemen yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Word.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------