Tarikh: 05-11-2022 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan sebagai ulangkaji dan latihan kepada kepada kelas-kelas menaip yang dijalankan sebelum ini. Petugas ingin membuat penilaian sejauh mana tahap penguasaan mereka dalam penggunaan Microsoft Word sebagai medium penulisan. Penilaian ini sangat penting untuk memastikan pelajar-pelajar terus celik IT dalam penggunaan komputer.
Aktiviti
Petugas memberi latihan Microsoft Word di mana mereka perlu menulis semula perkataan yang di paparkan di hadapan. Mereka perlu mengikut semula tulisan yang di tulis itu seperti perkataan mana yang perlu di "Bold, Underline, Italic, Size dan pastikan Font" yang digunakan itu betul. Dengan latihan seperti ini mereka akan lebih mudah membiasakan diri dalam penggunaan Microsoft Word. Di penghujung kelas, petugas akan menyemak semula satu persatu dan akan membuat penilaian ke atas setiap pelajar.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------