Tarikh: 06-09-2023 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi) Peserta: 13 Orang |
Tujuan
Kelas pembelajaran ini dijalankan adalah sebagai latihan dan pengenalan kepada kanak-kanak Tabika terhadap penggunaan komputer bagi membantu perkembangan minda kanak-kanak Tabika Kemas Kampung Kemunting.
Aktiviti
Kanak-kanak perlu melakukan aktiviti padanan gambar semasa sesi pembelajaran tersebut denrgan menggunakan aplikasi digipuzzle. Aktiviti padanan digunakan adalah bagi melatih pelajar dalam penggunaan tetikus. Selain melatih pelajar dalam penggunaan tetikus, fokus pelajar juga dapat dilatih semasa melakukan padanan gambar.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------