Tarikh: 8-3-2018 Masa: 2.00 Ptg - 3.30 Ptg Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 4 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran guru-guru tabika kemas dalam menggunakan Microsoft Office. Mereka menggunakan Microsoft Office dalam kerja seharian seperti membuat laporan bulanan, bahan untuk mengajar, dan sebagainya. Kelas ini diadakan setiap minggu selepas habis waktu bekerja.
Aktiviti
Guru-guru tersebut diberi latihan menggunakan buku yang telah disediakan oleh tenaga pengajar. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran serta kefahaman mereka. Petugas akan memberi tunjuk ajar semasa latihan sedang dijalankan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------