Tarikh: 28 & 29 Disember 2016

Hari: Rabu dan Khamis

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan

Hari Dashboard Komuniti Karangan telah diadakan selama 2 hari yang bertujuan untuk mempromosikan Aplikasi Dashboard kepada Komuniti setempat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dimana hari pertama diadakan slot My soal dan My Shop. Pada hari pertama, diadakan penerangan kepada usahawan bagaimana untuk mempromosikan produk mereka serta diadakan bengkel untuk mengambil gambar produk. Turut diadakan aktiviti deko kek anjuran bersama Pusat Internet dan Perpustakaan Desa.

Pada hari kedua diadakan pelbagai aktiviti bersama Komuniti. Antaranya:-

- Penyampaian sijil Kursus Usahawan MDEC

- Pertandingan 'Search Enjin'

- Pertandingan Smart Jawi

- Pertandingan Collage untuk kanak-kanak

- Dashboard Word Search

- Pertandingan membuat Power Point paling kreatif

- Cabutan Bertuah serta kuiz