Tarikh: 14-9-2018 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 8 Orang |
Tujuan
Typing Trainer Online ini membantu peserta untuk menggunakan papan kekunci dengan mahir, cekap dan cepat. Tambahan, peserta dapat mengetahui posisi sebenar tangan dan jari ketika hendak menggunakan papan kekunci.
Aktiviti
Peserta membuka laman web https://www.speedtypingonline.com/typing-test dan memulakan typing test. Peratus markah akan dipaparkan sekiranya peserta telah tamat menaip dalam masa yang ditetapkan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 13-9-2018 Masa: 3.00 Petang - 4.00 Petang Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 5 Orang |
Tujuan
Tujuan penyampaian hadiah ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada pemenang Aktiviti Kahoot dan Enjin Pencarian Sempena Hari Malaysia baru-baru ini. Tambahan, penyampaian hadiah adalah untuk menggalakkan peserta untuk menyertai pertandingan yang akan diadakan pada masa akan datang.
Aktiviti
5 hadiah tersedia kepada pemenang yang memenangi pertandingan Aktiviti Kahoot dan Enjin Pencarian Sempena Hari Malaysia.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 5-9-2018 Masa: 3.00 Ptg - 5.00 Ptg Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 5 Orang |
Tujuan
Tujuan enjin pencarian ini diadakan adalah untuk menguji pengetahuan peserta mengenai penubuhan Hari Malaysia dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
Aktiviti
Pelajar perlu menjawab soalan yang diberikan dan jawapan hendaklah dicari melalui Internet. Peserta yang menjawab kesemua soalan dengan tepat dan pantas dikira pemenang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 6-9-2018 Masa: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 24 Orang (Pelajar Tabika Kemas Kg. Seberang Jaya) |
Tujuan
Tujuan pengenalan asas komputer ini disampaikan kepada pelajar tabika adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai komponen-komponen komputer dan fungsinya.
Aktiviti
Petugas mengajar pelajar untuk menaip, menerangkan komponen-komponen komputer dan menguji tahap pengetahuan pelajar mengenai komputer.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 3-9-2018 Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 9 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah sempena meraikan sambutan Hari Malaysia yang bakal menjelang tidak lama lagi dan untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Tambahan, aktiviti ini juga dapat menguji kefahaman para peserta tentang sejarah Hari Malaysia.
Aktiviti
Setiap peserta wajib menjawab soalan yang disediakan dengan tepat dan pantas. Soalan dipaparkan pada skrin dan peserta perlu memilih jawapan pada monitor.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------