Tarikh: 1-9-2018

Masa: 8.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Tempat: Dataran Sedim

Peserta: Penduduk sekitar Karangan, Sedim & Sg.Kob

Tujuan

Program ini diadakan sempena upacara pengambilan air mata air bagi Istiadat Letak Kerja dan Istiadat Siram Tabal Sempena Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Ke-29 yang akan diadakan tidak lama lagi. Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk melihat sendiri bagaimana istiadat-istiadat ini dijalankan.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan program tersebut seperti senamrobik, 'free market', pertandingan memasak, mewarna dan pelbagai lagi. 

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tarikh: 31-8-2018

Masa: 8.00 Pagi - 10.00 Pagi

Tempat: Perkarangan PDK Taman Mutiara

Peserta: Penduduk Taman Mutiara

Tujuan

Tujuan program kayuhan merdeka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia serta dapat mengeratkan sillaturrahim antara penduduk setempat.

Aktiviti

Peserta memakai pakaian bertemakan Jalur Gemilang dan menghias basikal dengan Jalur Gemilang. Kayuhan Merdeka bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat ada jam 10.00 pagi.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tarikh: 30-8-2018

Masa: 9.00 Pagi - 10.00 Pagi

Tempat:Tabika Kemas Taman Mutiara

Peserta: Pelajar-pelajar Tabika Kemas Taman Mutiara

Tujuan

Tujuan Semarak Kemerdekaan Sayangi Malaysiaku ini diadakah adalah untuk memupuk semagat patriotisme dalam kalangan pelajar tabika dan mendedahkan tentang kemerdekaan negara kita serta megenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air kita.

Aktiviti

Pelajar tabika memakai pakaian bertemakan Bendera Malaysia dan berarak sepanjang lorong Tabika Taman Mutiara dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Gambar Disini

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tarikh: 30-8-2018

Masa: 9.00 Malam - 1.00 Pagi

Tempat: Padang Awam Seri Karangan 

Peserta: Penduduk Kg.Karangan

Tujuan

Sambutan Ambang Merdeka ini diadakah adalah untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara kita kali ke-61. Selain itu, ia bertujuan untuk mengukuhkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Tambahan, dapat mengeratkan sillaturrahim antara kaum setempat.

Aktiviti

Pendaftaran cabutan bertuah bermula pada pukul 9.00 malam diikuti dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kulim. Program diteruskan lagi dengan deklamasi puisi Merdeka, persembahan lagu patriotik, cabutan bertuah dan meraikan hari lahir pada bulan Ogos.

Gambar Disini

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tarikh: 30-8-2018

Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Tempat: Pusat Internet Karangan

Peserta: 7 Orang

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan untuk mempromosikan Dashboard Komuniti kepada masyarakat terutama MyShop. Penerangan ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman serta mendedahkan fungsi-fungsi MyShop kepada adik-adik yang mendaftar sebagai ahli bagaimana untuk menggunakannya. Di dalam MyShop terdapat pelbagai produk-produk yang boleh dibeli atau dilihat.

Aktiviti

Para peserta diajar menggunakan Dashboard Komuniti terutama bahagian MyShop.

Gambar Disini

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------