Tarikh: 28-6-2018 Masa: 10.00 Pagi - 1.00 Tgahri Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 13 Orang |
Tujuan
Temuduga ini diadakan bertujuan untuk mencari seorang bagi mengisi jawatan penolong pengurus bagi Pusat Internet Karangan dan Pusat Internet Kuala Selama. Mereka yang berkelayakan akan dipanggil untuk temuduga.
Aktiviti
Sesi temuduga ini dihadiri oleh 3 orang wakil iaitu SKMM, TM dan MSD.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 27-6-2018 Masa: 3.00 Ptg - 5.00 Ptg Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti Quizizz diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli pusat internet yang datang berkunjung. Melalui aktiviti seperti ini dapat menarik minat mereka untuk sentiasa datang ke Pusat Internet. Selain itu, aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran mereka menggunakan ICT.
Aktiviti
Para peserta menjawab online quiz bertema. Di dalam quizizz terdapat pelbagai jenis tajuk yang boleh dipilih untuk dijawab. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran mereka untuk berfikir.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 22-6-2018 Masa: 3.00 Ptg - 5.00 Ptg Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 9 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari Raya dengan membuat poster hari raya. Aktiviti ini dapat mengasah bakat para pelajar sekolah supaya sentiasa mahir dalam menggunakan komputer terutama Microsoft Publisher.
Aktiviti
Petugas memberi tugasan kepada setiap para peserta untuk membuat poster mengikut kreativiti masing-masing bertemakan Hari Raya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 26-6-2018 Masa: 9.30 Pagi - 11.30 Pagi Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 1 Orang |
Tujuan
Memberi tunjuk ajar kepada En. Yahya cara-cara membuat format invoice menggunakan Microsoft Excel. En. Yahya mempunyai sebuah perniagaan mini rempeyek yang memerlukan beliau membuat invoice.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada En. Yahya cara-cara membuat Invoice sehingga beliau faham dan boleh untuk membuat sendiri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 11-6-2018 Masa: 7.00 Malam - 8.30 Malam Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 18 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara ahli PI1M dan pusat internet. Melalui program ini, masyarakat setempat akan mendekati PI1M dan menarik minat mereka untuk berkunjung.
Aktiviti
Program ini bertemakan potluck dan diadakan secara santai.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------