Tarikh: 13-5-2018

Masa: 9.00 Pagi - 11.00 Pagi

Tempat: Perkarangan kedai niagatani PPK Karangan

Peserta: 25 Orang

Tujuan

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat berkenaan cara-cara membuat cincau. Kursus ini dapat membantu masyarakat terutama golongan ibu dalam menjalankan perniagaan untuk menambah pendapatan dalam keluarga.

Aktiviti

Setiap peserta akan melihat demo cara-cara membuat cincau. Di penghujung kursus terdapat kuiz yang dijalankan untuk mengetahui tahap kefahaman mereka berkenaan cara-cara membuat cincau.

Gambar Disini

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tarikh: 12-5-2018

Masa: 2.00 Ptg - 5.00 Ptg

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan

Peserta: 30 Orang

Tujuan

Program sambutan hari ibu ini diadakan bertujuan untuk meraikan ibu-ibu yang berdaftar sebagai ahli Pusat Internet. Selain itu, melalui program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara golongan ibu-ibu. Program ini juga bertujuan untuk menarik minat ibu-ibu untuk sentiasa datang ke Pusat Internet.

Aktiviti

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan program ini seperti siapa kreatif, kuiz klik dengan bijak dan cabutan bertuah turut diadakan. Acara akhir adalah simbolik potong kek sempena hari ibu.

Gambar Disini

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tarikh: 6-5-2018

Masa: 9.00 Pagi - 11.30 Pagi

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan

Peserta: 65 orang

Tujuan

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan anak-anak bersama ibu bapa melalui program yang dianjurkan oleh Tabika Kemas. Aktiviti ini juga diadakan bagi melihat kreativiti si cilik dalam menghias sandwich mengikut citarasa mereka. Aktiviti ini diadakan bersama waris yang berperanan sebagai pemerhati dan memberi tunjuk ajar. Aktiviti ini juga dapat manarik masyarakat untuk datang ke Pusat Internet apabila Tabika Kemas berperanan untuk membantu mempromosikan pusat internet.

Aktiviti

Aktiviti ini dimana waris dan anak yang belajar tabika diberikan tugas untuk menghias sandwich mengikut kreativiti masing-masing dengan masa yang ditetapkan.

Gambar Disini

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tarikh: 8-5-2018

Masa: 3.00 Ptg - 4.00 Ptg

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan

Peserta: 12 Orang

Tujuan

Aktiviti ini diadakan bagi mempromosikan pertandingan kuiz dashboard komuniti yang dijalankan. Pertandingan ini lebih memberi fokus kepada yang mendaftar menjadi ahli Pusat Internet. Kuiz ini memberi fokus berkenaan modul Myshop yang terdapat di dalam dashboard komuniti

Aktiviti

Semua peserta diwajibkan menjawab soalan kuiz dashboard ini secara beramai-ramai. 

Gambar Disini

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tarikh: 30-4-2018

Masa: 4.00 Ptg - 5.30 Ptg

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan

Peserta: 4 Orang

Tujuan

Aktiviti ini merupakan salah satu daripada bahan pembelajaran para pelajar yang menghadiri kelas ICT pada setiap minggu. Mereka diberi pendedahan bagaimana di dalam internet terdapat pelbagai cara untuk mereka belajar melalui e-pembelajaran. Aktiviti ini diadakan sebagai tarikan kepada mereka untuk datang ke Pusat Internet 1Malaysia.

Aktiviti

Para pelajar didedahkan tentang permainan pendidikan iaitu Word Search Online. Di dalam word search online terdapat pelbagai kategori yang boleh dipilih oleh pengguna untuk bermain.

Gambar Disini

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------