Tarikh: 19-3-2018 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tghari Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 4 Orang |
Tujuan
Penerangan pendaftaran SPA ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dalam mengisi SPA untuk memilih pekerjaan yang bersesuaian. Mereka diberi tunjuk ajar bagaimana cara-cara untuk mengisi di laman web SPA. Peranan P1IM sangat penting kepada masyarakat setempat dalam memberi tunjuk ajar dan juga pusat rujukan kepada masyarakat.
Aktiviti
Mereka diberi tunjuk ajar sambil mengisi segala maklumat yang diperlukan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 17-3-2018 Masa: 8.00 Pagi - 11.00 Pagi Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: Masyarakat sekitar Karangan (pemeriksaan percuma) |
Pemeriksaan tekanan darah, Berat dan Tinggi serta mempromosi dashborad komuniti terutama MyHealth.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 11&12-3-2018 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tgahri Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 4 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan dengan reka bentuk. Melalui kelas ini, para peserta diajar untuk membuat poster, risalah dan sebagainya. Kelas ini dapat mencungkil bakat para peserta supaya mereka menjadi lebih kreatif.
Aktiviti
Melalui kelas ini, peserta diberi tunjuk ajar cara-cara membuat poster, risalah, reka bentuk kad dan sebagainya. Petugas akan memberi tunjuk ajar supaya mereka mahir dan dapat menguasai microsoft publisher dengan jayanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 16-3-2018 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tgahri Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 5 Orang |
Tujuan
Taklimat pendaftaran SPA ini diadakan bertujuan untuk membantu lepasan SPM mengisi SPA untuk memilih pekerjaan yang bersesuaian. Peranan Pusat Internet dalam memainkan peranan untuk membantu remaja-remaja lepasan SPM yang tidak tahu untuk mengisi SPA dan memilih pekerjaan yang sesuai.
Aktiviti
Mereka diberi tunjuk ajar bagaimana cara-cara untuk mengisi dan sedikit sebanyak penerangan dilakukan oleh petugas PI1M.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 10-3-2018 Masa: 10.00 Pagi - 1.00 Tghari Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 9 Orang |
Tujuan
Bengkel resume ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan ICT terutama Microsoft Excel. Bengkel ini dihadiri oleh pelajar sekolah, lepasan SPM, pelajar IPTA, pengerusi JKKK dan penyelia perpustakaan desa. Penggunaan Microsoft excel pada hari ini sangat penting dalam kehidupan masyarakat seperti membuat kerja sekolah, bidang pekerjaan dan sebagainya.
Aktiviti
Peserta ditunjuk ajar oleh pengajar luar yang dijemput oleh pihak PI1M Karangan dalam memberi perkongsian berkenaan Micorosoft excel. Peserta diajar cara-cara menggunakan Microsoft excel seperti asas Microsoft excel.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------