Tarikh: 7-6-2018 Masa: 2.00 Ptg - 4.00 Ptg Tempat: Pusat Internet Karangan Peserta: 2 Orang |
Tujuan
Petugas memberi penerangan cara-cara untuk membuat online banking. Pada masa kini, online banking sangat penting kepada masyarakat untuk melakukan transaksi tanpa perlu pergi ke bank.
Aktiviti
Petugas mengajar peserta membuat online banking sehingga mahir menggunakannya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 7-6-2018 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tghari Tempat: Surau Nurul Ihsan Kampung Banggol Penyengat Peserta: 25 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan budaya membaca Al-Quran dalam umat islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, rentas budaya dan negara. Program ini juga berjaya mengangkat budaya tadarus Al-Quran dalam kalangan masyarakat di negara ini dan kesungguhan menjadikan ia sebagai acara tahunan menggambarkan semangat untuk bersama menyebarkan syiar islam.
Aktiviti
Program ini ditetapkan dijalankan selama sejam serentak di seluruh dunia. Program ini dihadiri oleh masyarakat setempat dan juga majlis khatam al-quran.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 25-5-2018 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tghari Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 7 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip menggunakan komputer. Kemahiran menaip merupakan asas dalam pengetahuan ICT.
Aktiviti
Setiap para peserta akan diuji tahap kepantasan mereka menaip menggunakan software typing test. Software typing test merupakan platform kepada sesiapa yang ingin mengetahui tahap kepantasan menaip.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 31-5-2018 Masa: 2.00 Ptg - 5.00 Ptg Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 9 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman para pelajar berkenaan penguasaan mereka terhadap penggunaan Microsoft Publisher disamping meningkatkan tahap kreativiti mereka dalam merekabentuk sesuatu poster
Aktiviti
Setiap pelajar diminta membuat satu poster bertemakan Pusat Internet 1Malaysia bagi menilai tahap kefahaman mereka menggunakan Microsoft Publisher.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 15-5-2018 Masa: 4.00 Ptg - 5.00 Ptg Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 10 Orang |
Tujuan
Aktiviti menjawab kuiz dashboard ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan pertandingan kuiz dashboard komuniti ini agar dapat menggalakkan masyarakat yang menjadi ahli PI1M untuk turut serta
Aktiviti
Semua peserta yang berdaftar sebagai ahli digalakkan untuk menjawab kuiz tersebut untuk mengetahui sejauh mana kefahaman mereka tentang Myshop yang terdapat dalam Dashboard Komuniti
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------