Tarikh: 16-4-2018 Masa: 10.30 Pagi - 12.30 Pagi Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 7 Orang |
Tujuan
Mesyuarat Khas ini diadakan bertujuan untuk membentangkan kepada AJK-AJK PI1M berkenaan dengan perkembangan semasa operasi PI1M. Perkembangan ini sangat penting supaya ahli AJK-AJK PI1M tahu hal-hal semasa PI1M.
Aktiviti
Di dalam mesyuarat ini petugas PI1M membentangkan laporan aktiviti semasa, perancangan untuk masa akan datang serta membubarkan AJK sedia ada bagi membolehkan pelantikan AJK yang baru bagi memantapkan pengurusan PI1M.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 14-4-2018 Masa: 8.00 Pagi - 11.00 Pagi Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: Masyarakat sekitar Karangan (pemeriksaan percuma) |
Pemeriksaan tekanan darah, Berat dan Tinggi serta mempromosi dashborad komuniti terutama MyHealth.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 11-4-2018 Masa: 2.00 Ptg - 4.00 Ptg Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 3 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan setiap minggu bersama guru-guru Tabika Kemas yang terlibat dan yang berminat untuk mengikuti kelas ICT bagi memantapkan serta meningkatkan kemahiran ICT mereka. Pekerjaan sebagai guru memerlukan mereka menguasai ilmu ICT terutama dalam pekerjaan seharian. Ini merupakan iniasitif Tabika Kemas dan Pusat Internet dalam bekerjasama.
Aktiviti
Setiap minggu para peserta akan diajar dengan pelbagai topik kerana skop ICT yang sangat meluas. Mereka diajar menguasai Microsoft Office.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 13-4-2018 Masa: 3.00 Ptg - 5.30 Ptg Tempat: Surau Nurul Islah Kg. Kemunting Peserta: Penduduk Kg. kemunting |
Tujuan
Program israk Mikraj ini diadakan kerjasama antara surau kg. Kemunting dan Pusat Internet 1Malaysia Karangan. Tujuan program ini diadakan bagi memeriahkan sambutan israk Mikraj bersama penduduk setempat. Selain itu, melalui program ini dapat mengeratkan hubungan antara komuniti dan Pusat Internet. Program ini dapat mengingatkan kepada kita semua berkenaan peristiwa israk mikraj terutama orang islam.
Aktiviti
Bagi memeriahkan program Israk Mikraj ini, terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan hafazan surah-surah lazim, kuiz berkenaan Israk Mikraj, hafazan doa-doa harian serta pertandingan untuk kategori dewasa jawi alih ke rumi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 6-4-2018 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tgahri Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 5 Orang |
Tujuan
Taklimat Dashboard Komuniti ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada belia lepasan SPM tentang fungsi Dashboard serta kegunaannya. Di dalam Dashboard Komuniti mereka boleh mencari pelbagai info seperti mYshop, Myplace, Mykomuniti Myhealth dan sebagainya.
Aktiviti
Peserta yang mendaftar menjadi ahli PI1M automatik boleh menggunakan Dashboard Komuniti ini. Mereka membuka setiap bahagian yang terdapat dalam Dk.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------