Tarikh: 25 & 26-2-2018

Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tghri

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan

Peserta: 5 Orang

Tujuan

Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran serta pengetahuan para peserta berkenaan dengan penggunaan Micorosft Excel. Kursus ini diadakan bagi mengisi masa lapang pelajar-pelajar lepasan sekolah. Petugas PI1M memberi penerangan kepada mereka tentang pentingnya menguasai kemahiran Microsoft excel supaya dapat digunakan dalam pelajaran atau pekerjaan nanti. Kursus ini diadakan selama 2hari.

Aktiviti

Selepas para peserta diberi penerangan serta fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft excel, para peserta diberi latihan untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka dalam menggunakan Microsoft excel. Disamping itu, petugas PI1M memberi tunjuk ajar.

Gambar Disini

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tarikh: 24-2-2018

Masa: 8.00 Pagi - 12.30 Tghari

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan

Peserta: 100 Orang

Tujuan

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan serta kesedaran kepada berkenaan keselamatan dan mematuhi undang-undang. Fokus utama program ini lebih kepada kanak-kanak berkenaan basikal lajak. Isu ini merupakan trend kepada pelajar-pelajar pada masa kini yang menjadikan basikal lajak sebagai aktiviti seharian dalam kehidupan mereka. Bagaimanapun, mereka leka terhadap keselamatan diri dan boleh membahayakan diri mereka. Selain itu, dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa agar sentiasa peka dengan keselamatan anak-anak. PI1M melibatkan PDRM supaya masyarakat lebih mendekati dengan polis dan sentiasa bekerjasama. 

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan dalam program ini seperti pertandingan basikal cantik, pemeriksaan kesihatan, kuiz  serta penerangan dashboard dan KDB, penerangan daripada pihak PDRM dan cabutan bertuah turut diadakan bagi menyemarakkan program yang dijalankan ini.

Gambar Disini

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tarikh: 15-2-2018

Masa: 10.00 Pagi - 12.30 Tghari

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan

Peserta: 5 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office terutama Ms. Power Point. Peserta diberi pendedahan bagaimana untuk menggunakannya. Selain itu, peserta diberi penerangan tentang fungsi-fungsi yang boleh dilakukan menggunakan Ms. Power Point dalam kehidupan seharian dan pekerjaan.

Aktiviti

Petugas memberi tugasan kepada para peserta untuk menggunakan Ms. Power Point setelah penerangan dilakukan. Tujuan latihan diadakan bertujuan untuk menguji tahap kefahaman para peserta berkenaan power point.

Gambar Disini

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tarikh: 22-2-2018

Masa: 8.00 Pagi - 12.00 Tgh mlm

Tempat: Dewan Keda Relau, Bandar Baharu Kedah

Peserta: Penduduk setempat

Tujuan

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat setempat berkenaan taklimat/ceramah berkenaan berita-berita palsu. Program ini merupakan anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama pejabat Adun Bandar Baharu. Program ini juga memberi manfaat serta kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa peka dengan berita-berita yang dikongsi sama ada sahih atau palsu.

Aktiviti

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti booth Pusat Internet 1Malaysia, pemeriksaan kesihatan, jualan bazar rakyat, bicara perdana sebenarnya.my, senamrobik, explorace, sukan rakyat, pertandingan mewarna, pameran agensi dan sebagainya. Program ini dirasmikan oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang juga Adun Bandar Baharu YB Dato' Noorsabrina Mohd Noor.

Gambar Disini

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tarikh:10-2-2018

Masa: 8.00 Pagi - 11.00 Pagi

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan

Peserta: Masyarakat sekitar Karangan (pemeriksaan percuma)

Tujuan
 
Tujuan aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Dashboard Komuniti kepada masyarakat berkenaan perkhidmatan serta fungsi-fungi dashboard Komuniti iaitu Myhealth. PI1M bekerjasama dengan kospen-kospen yang terdapat di kampung untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ini. Program ini diadakan setiap bulan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara petugas pi1m dan kospen. 
 

Aktiviti

Pemeriksaan tekanan darah, Berat dan Tinggi serta mempromosi dashborad komuniti terutama MyHealth.

Gambar Disini

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------