Tarikh: 22-12-2017 Masa: 10.00 Pagi - 11.30 Pagi Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 18 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran serta tahap penguasaan terhadap sifir. Selain itu, program ini diadakan untuk mengisi masa lapang cuti persekolahan. Program ini terbuka kepada ahli-ahli pusat internet yang berdaftar menjadi ahli. Penyertaan dibuka hanya 12 tahun ke bawah.
Aktiviti
Peserta diberi masa selama 30 minit untuk menyiapkan soalan berkenaan sifir yang diberikan. Sebanyak 60 soalan diberikan untuk dijawab.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 18 & 19 Disember 2017 Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Ptg Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 10 Orang |
Tujuan
Program ini merupakan kerjasama antara Pusat Internet 1Malaysia Cluster kulim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Daerah Kulim, Kedah. Tujuan program ini diadakan untuk mendedahkan para peserta yang terdiri daripada guru sekolah agama, guru KAFA dan ajk masjid/surau dengan asas menggunakan media sosial sebagai medan dakwah di dalam pengajaran. Selain itu, bengkel ini berperanan sebagai platform kepada para peserta dalam memperbanyakkan kandungan berunsur islamik di dalam media sosial.
Aktiviti
Para peserta diajar cara-cara untuk membuat email, page Facebook, blog dan pendedahan tentang kandungan video online yakni Youtube. Para peserta juga diajar cara-cara untuk menggunakannya dengan lebih mendalam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 15-12-2017 Masa: 3.00 Ptg - 6.00 Ptg Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 25 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan bertujuan untuk memberi kepada surirumah-surirumah yang berminat untuk membuat kek dan roti. Tenaga pengajar datangnya daripada Kuala Lumpur. Selain itu, program ini dapat meningkatkan kemahiran serta keupayaan ibu-ibu untuk mempelajari selok-belok membuat kek dan roti
Aktiviti
Para pengajar menunjukkan cara-cara untuk membuat dan mendeko kek. Selain itu, bengkel ini turut mengajar cara-cara membuat pelbagai jenis roti bun.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 16-12-2017 Masa: 8.00 Pagi - 11.00 Pagi Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: Masyarakat sekitar Karangan (pemeriksaan percuma) |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Dashboard Komuniti kepada masyarakat berkenaan perkhidmatan serta fungsi-fungi dashboard Komuniti iaitu Myhealth. PI1M bekerjasama dengan kospen-kospen yang terdapat di kampung untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ini. Program ini diadakan setiap bulan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara petugas pi1m dan kospen.
Aktiviti
Pemeriksaan tekanan darah, Berat dan Tinggi, mempromosi dashborad terutama MyHealth.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 11 & 12 Disember 2017 Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Ptg Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Felda Gunung Bongsu (Cluster Kulim) Peserta: 10 Orang |
Tujuan
Program ini merupakan kerjasama antara Pusat Internet 1Malaysia Cluster kulim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Daerah Kulim, Kedah. Tujuan program ini diadakan untuk mendedahkan para peserta yang terdiri daripada guru sekolah agama, guru KAFA dan ajk masjid/surau dengan asas menggunakan media sosial sebagai medan dakwah di dalam pengajaran. Selain itu, bengkel ini berperanan sebagai platform kepada para peserta dalam memperbanyakkan kandungan berunsur islamik di dalam media sosial.
Aktiviti
Para peserta diajar cara-cara untuk membuat email, page Facebook, blog dan pendedahan tentang kandungan video online yakni Youtube. Para peserta juga diajar cara-cara untuk menggunakannya dengan lebih mendalam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------