Tarikh: 7-2-2018 Masa: 10.00 Pagi - 12.30 Tghari Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 7 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan penggunaan Ms. Excel dalam kehidupan harian terutama bagi mereka yang berkerjaya. Kelas ini juga dapat memberi kelebihan kepada mereka untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komputer.
Aktiviti
Para peserta diberi tugasan untuk membuat latihan menggunakan Ms. excel dengan tunjuk ajar daripada petugas pusat internet.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 30-1-2018 Masa: 12.30 Tgahri - 2.30 Ptg Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 12 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru Tabika Kemas berkenaan cara-cara membuat e-mail. Pada zaman sekarang, email sangat penting dalam kegunaan kehidupan seharian. Petugas memberi penerangan cara-cara menggunakan email dan fungsi kegunaannya.
Aktiviti
Setelah penerangan dan cara-cara membuat email diterangkan. Semua guru-guru tabika kemas diajar untuk membuat email rasmi untuk tabika kemas masing-masing yang bertujuan untuk kegunaan rasmi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 25-1-2018 Masa: 3.00 Ptg - 5.30 Ptg Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 7 Orang |
Tujuan
Para peserta diajar membuat poster menggunakan Ms. Publisher. Tujuan kelas ini diadakan untuk meningkatkan tahap keupayaan para pelajar supaya lebih kreatif dalam membuat poster. Mereka didedahkan cara-cara untuk menggunakan setiap tool yang terdapat dalam ms. Publisher.
Aktiviti
Setiap pelajar dikehendaki membuat satu poster bertemakan alam sekitar. Satu poster yang paling kreatif dan menarik akan dipilih sebagai pemenang. Petugas hanya membimbing para pelajar.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 20-1-2018 Masa: 10.00 Pagi - 10.30 Pagi Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 11 Orang |
Tujuan
Penyampaian hadiah ini diadakan bertujuan untuk menghargai kepada para pemenang yang menggunakan Dashboard Komuniti. Pemilihan pemenang ini diadakan bertujuan bagi merancakkan penggunaan DK pada masa akan datang.
Aktiviti
Penyampaian hadiah disampaikan oleh AJK PI1M iaitu En. Pauzi. Para pemenang mendapat hadiah berupa barangan elektrik.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 19-1-2018 Masa: 4.00 Ptg - 5.30 Ptg Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 4 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang fungsi Ms. Office yang boleh membuat pelbagai kreativiti
Aktiviti
Peserta diminta membawa jadual kelas masing-masing dan membuat jadual tersebut mengikut kreativiti sendiri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------