Tarikh: 8-3-2018 Masa: 2.00 Ptg - 3.30 Ptg Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 4 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran guru-guru tabika kemas dalam menggunakan Microsoft Office. Mereka menggunakan Microsoft Office dalam kerja seharian seperti membuat laporan bulanan, bahan untuk mengajar, dan sebagainya. Kelas ini diadakan setiap minggu selepas habis waktu bekerja.
Aktiviti
Guru-guru tersebut diberi latihan menggunakan buku yang telah disediakan oleh tenaga pengajar. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran serta kefahaman mereka. Petugas akan memberi tunjuk ajar semasa latihan sedang dijalankan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 6-3-2018 Masa: 10.00 Pagi - 1.00 Tghari Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: Ibu bapa sekitar Karangan |
Tujuan
Slot ini merupakan inisiatif PI1M dalam membantu masyarakat dalam menggunakan ICT. Untuk memudahkan kaum bapa dan ibu dalam mengisi pendaftaran online anak-anak mereka. PI1M membuka 1 slot dalam membantu serta memberi tunjuk ajar. Dengan ini, fungsi PI1M akan lebih jelas kepada masyarakat setempat mengenai peranan Pusat Internet
Aktiviti
Memberi tunjuk ajar kepada ibu bapa untuk mengisi pendaftaran anak-anak secara online.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 4-3-2018 Masa: 8.30 Pagi - 12.00 Tghari Tempat: Surau Nurul Ihsan Kg. Seri Karangan Peserta: 50 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan kaedah dan teori bagi membolehkan khusyu' dan menekankan kepentingannya. Smart solat ini juga diadakan bertujuan untuk memastikan pelaksanaan solat di kalangan umat islam hari ini lebih sempurna dan memberi keyakinan yang kukuh dalam akidah.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan dalam program ini seperti menunjukkan demontrasi berkenaan cara-cara solat dengan betul, taklimat smart solat dan pemeriksaan kesihatan oleh Kospen kampung.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 4&5-3-2018 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tgahri Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 5 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bagi mengisi masa lapang para peserta yang baru tamat spm sementara menunggu keputusan SPM. Bengkel ini memberi pendedahan kepada para peserta untuk menghasilkan resume untuk memohon pekerjaan apabila tamat pelajar. Resume sangat penting kerana merupakan pengenalan diri untuk diberi kepada syarikat-syarikat yang ingin kita memohon pekerjaan. Bengkel ini diadakan selama 2 hari. Selain itu, para peserta juga turut diajar membuat kertas kerja, surat kiriman rasmi dan sebagainya.
Aktiviti
Para peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat resume mengenai diri masing-masing. Resume tersebut direka bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Mereka juga diajar membuat surat kiriman rasmi menggunakan contoh yang telah disediakan oleh petugas PI1M.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 28-2-2018 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tghari Tempat: Kediaman Ustaz Wahi, Kg. Kemunting Peserta: Anggaran 30 org peserta |
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada penduduk kampung berkenaan penggunaan baja Taveekuun dalam tanaman pertanian atau kebun. Baja ini merupakan produk usahawan Bumiputera. Ianya dapat merangsang tanaman atau tumbuhan untuk menghasilkan pengeluaran yang maksimum. Contohnya, baja ini boleh digunakan pada pokok getah dan dapat menghasilkan susu getah yang banyak.
Aktiviti
Penerangan dilakukan oleh wakil Taveekuun kepada penduduk kampung. Selain itu, tayangan video bagi usahawan yang telah berjaya dalam menggunakan baja Taveekuun tersebut. Bagi memeriahkan program, cabutan bertuah turut diadakan kepada peserta yang hadir.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------